2025-08-29 HaiPress

Foto hiasan/RTM
KUALA LUMPUR,28 Ogos – Tabung Haji (TH) disaran memberi tumpuan utama kepada peningkatan prestasi pelaburan meskipun melaksanakan program penjenamaan semula.
Pakar ekonomi,Prof Emeritus Dr Barjoyai Bardai,berkata peruntukan RM5.9 juta bagi program penjenamaan semula itu dianggap wajar memandangkan saiz dan kepentingan TH sebagai institusi pelaburan utama negara.
“Jumlah RM5.9 juta itu masih berpatutan,tetapi keutamaan Tabung Haji seharusnya untuk memperkukuh prestasi pelaburan dan mengembalikan keyakinan pendeposit,” katanya ketika ditemui RTM.
Menurut beliau,usaha meningkatkan pulangan pelaburan perlu dilihat secara serius dalam jangka masa terdekat kerana TH pernah mencatat sejarah sebagai antara institusi pelaburan terbaik negara,dengan dividen mencecah 9 peratus setahun,berbanding hanya sekitar 3 peratus ketika ini.
Beliau turut menegaskan,sekiranya penjenamaan semula diteruskan,pasukan perunding yang dilantik bukan sahaja perlu terdiri daripada pakar pemasaran dan promosi,malah turut melibatkan pakar syariah .
“Ini penting untuk menekankan konsep pelaburan abadi yang berpaksikan nilai Islam,sekali gus mampu menarik lebih ramai pendeposit bukan sekadar demi keuntungan jangka pendek tetapi juga untuk ganjaran berpanjangan,” jelasnya.
Sultan Pahang titah solat hajat di semua masjid, doa jerebu Sarawak pulih
Taska di Sarawak tutup serta-merta jika IPU cecah 200
Sambutan Hari RTM ke-80, Bulan Kebangsaan 2026 di Terengganu meriah
Mansuh AUKU: Mahasiswa mahu kebebasan bersuara seiring tanggungjawab
PM Anwar, isteri hayati seni batik Brunei
Sukan Bendang disertai lebih 2,000 peserta, perkukuh perpaduan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur