2025-09-01 HaiPress

Antara pengunjung dan peniaga Riuh Merdeka / Foto RTM
PUTRAJAYA,31 Ogos - Program Riuh Merdeka selama 30 jam melabuhkan tirainya dengan kehadiran orang ramai yang membanjiri Tapak Parkir Monumen Alaf Baru,di sini,petang tadi.
Acara berkenaan bukan sekadar menawarkan hiburan kepada pengunjung,malah turut menjadi wadah mempererat hubungan masyarakat berbilang kaum selaras dengan semangat perpaduan negara.
Pengunjung,Muhammad Shawal Muhamat Sakari berkata,secara keseluruhannya,kehadiran pengunjung bersama keluarga bukan sahaja memeriahkan Riuh Merdeka,malah mencerminkan semangat perpaduan menerusi pelbagai aktiviti,persembahan dan sajian tempatan yang ditawarkan.
“Saya datang bersama keluarga kerana terdapat pelbagai aktiviti untuk semua peringkat umur. Selain konsert,ada juga pilihan makanan daripada vendor tempatan. Paling menarik apabila melihat masyarakat berbilang kaum berkumpul,suasana memang meriah,” katanya kepada RTM ketika hadir bersama keluarga sempena cuti Hari Kebangsaan.
Dalam pada itu,salah seorang pengunjung,Nur Amirah Natasha Md Nasir berpandangan,penganjuran program tersebut turut menjadi platform bagi golongan belia mengangkat produk tempatan serta memupuk semangat perpaduan.
“Sejak semalam saya berada di sini untuk menyokong produk tempatan dan rakan-rakan yang membuka booth. Pelbagai aktiviti dianjurkan seperti bengkel kreatif,permainan tradisional dan konsert yang boleh disertai semua lapisan masyarakat. Paling menarik,jelas kelihatan perpaduan apabila masyarakat Cina,India dan Melayu hadir bersama-sama,” katanya.
Manakala bagi seorang peniaga,Nursyazana Mohd Shah pula,acara ini menjadi platform penting buat peniaga kecil dan sederhana menonjolkan jenama tempatan kepada ribuan pengunjung.
“Pada mulanya suasana agak perlahan,namun apabila menjelang malam jumlah pengunjung semakin ramai. Ia satu perkembangan baik kerana orang lebih mengenali produk tempatan,malah terdapat juga pelancong luar negara yang berpeluang merasai makanan kita. Program ini sememangnya membuka peluang yang baik untuk vendor kecil,” katanya.
Seorang lagi peniaga,Jason Lo,turut menyifatkan acara Riuh Merdeka sebagai platform terbaik untuk mengukuhkan semangat perpaduan melalui keusahawanan.
“Riuh memberikan peluang besar kepada usahawan kecil seperti saya. Buat pertama kali saya merasai pengalaman berniaga dalam suasana yang menghimpunkan semua kaum termasuk Melayu,Cina dan India saling menyokong. Saya benar-benar berasa bangga menjadi rakyat Malaysia,” ujarnya.
Kemuncak acara diserikan dengan persembahan beberapa artis tanah air seperti Alif Satar & The Locos serta Misha Omar,sekali gus menutup tirai sambutan dengan penuh meriah bersempena Hari Kebangsaan.
SOUEAST returns to Dubai Fashion Week as official automotive partner, redefining aesthetics of mobility
Pengaruh Thailand dengan berjuta-juta pengikut berpusu-pusu ke Gunung Emei untuk perkhidmatan kebudayaan dan pelancongan bertaraf antarabangsa, menjadikannya tarikan utama
Daripada Bon Perbendaharaan AS kepada Komoditi Fizikal: BullNus Cuba Membina Kitaran Tertutup Perniagaan RWA Berpacukan "Dunia Fizikal"
Pelindung dalam Pasaran Volatil: Kepentingan 'Copy Trading' Terjamin Modal Websea
RF RACER Brand Leverages Motorsport Heritage for Engineering Excellence
Paradigma Baharu untuk Laluan Pengundian: Daripada Pengagregatan Maklumat kepada Pengaset Konsensus, Penentuan Kedudukan dan Pelaksanaan Praktikal OracleX.
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur