2025-09-01 HaiPress

625 siri PJRM catat jualan RM32 juta di Terengganu
KUALA TERENGGANU,31 Ogos – Program Jualan Rahmah Madani (PJRM) yang dianjurkan di Terengganu memberi manfaat kepada lebih 762,000 pengunjung sejak Januari lalu.
Pengarah Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Terengganu,Mohd Mufsi Lat berkata,sebanyak 625 siri PJRM dilaksanakan dengan lima model pelaksanaan,termasuk 266 siri yang dijalankan di dalam premis.
Menurut beliau,program berkenaan berjaya merekodkan hasil jualan melebihi RM32 juta.
“Penganjuran PJRM secara besar-besaran ini menekankan kepedulian kerajaan terhadap kesejahteraan rakyat. Ia adalah usaha nyata bagi menyantuni rakyat dengan menyediakan barangan keperluan asas pada harga lebih berpatutan,sekali gus meringankan beban kos sara hidup.
KPDN Terengganu percaya selain membantu rakyat berbelanja dengan lebih berhemah,inisiatif ini turut memperkukuh semangat kebersamaan dan patriotisme dalam kalangan masyarakat,” katanya.
Terdahulu,beliau mengadakan walkabout di sebuah pasar raya di Kuala Terengganu.
Menariknya,sempena sambutan Hari Kebangsaan ke-68,PJRM diadakan secara serentak di lapan kawasan Parlimen dengan pelaksanaan lebih besar,antaranya melibatkan penganjuran di dalam premis selama sehari dengan kapasiti pengunjung yang lebih tinggi.
Sultan Pahang titah solat hajat di semua masjid, doa jerebu Sarawak pulih
Taska di Sarawak tutup serta-merta jika IPU cecah 200
Sambutan Hari RTM ke-80, Bulan Kebangsaan 2026 di Terengganu meriah
Mansuh AUKU: Mahasiswa mahu kebebasan bersuara seiring tanggungjawab
PM Anwar, isteri hayati seni batik Brunei
Sukan Bendang disertai lebih 2,000 peserta, perkukuh perpaduan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur