2025-09-01 HaiPress

TUDM buat julung kalinya persembahkan pesawat Sukhoi dan C-130 Hercules
MELAKA,31 Ogos – Sambutan Hari Kebangsaan 2025 peringkat negeri Melaka berlangsung penuh meriah di Persiaran Merdeka,Banda Hilir dengan kehadiran lebih 70,000 pengunjung.
Ketua Menteri,Datuk Seri Ab Rauf Yusoh berkata,sambutan kali ini mencatat sejarah apabila Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) buat julung kalinya mempersembahkan pesawat Sukhoi dan C-130 Hercules.
Beliau berkata,seramai 8,167 peserta menyertai perbarisan sepanjang lima kilometer yang melibatkan 147 kontinjen,442 unit pelbagai jenis kenderaan serta 10 kereta berhias.
“Saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada TUDM kerana buat pertama kalinya selepas 68 tahun merdeka,kita dapat menyaksikan lintas hormat aset-aset tentera udara yang memenuhi ruang udara Melaka.
Saya juga begitu teruja dengan persembahan yang buat julung kalinya dipersembahkan oleh JKKN,melibatkan 700 pelajar sekolah rendah dan menengah yang menampilkan grafik cukup menarik,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Sambutan Hari Kebangsaan 2025 peringkat negeri Melaka di Banda Hilir,hari ini.
Acara sambutan turut dimeriahkan dengan pertunjukan penerjunan bebas oleh Pasukan 10 Briged (Para) dan Jabatan Bomba serta persembahan Tarian Perang oleh Pasukan 10 Briged (Para).
Terdahulu,Yang Dipertua Negeri,Tun Mohd Ali Mohd Rustam tiba di pentas utama diiringi Ketua Menteri serta barisan kepimpinan negeri,agensi dan jabatan kerajaan.
Sultan Pahang titah solat hajat di semua masjid, doa jerebu Sarawak pulih
Taska di Sarawak tutup serta-merta jika IPU cecah 200
Sambutan Hari RTM ke-80, Bulan Kebangsaan 2026 di Terengganu meriah
Mansuh AUKU: Mahasiswa mahu kebebasan bersuara seiring tanggungjawab
PM Anwar, isteri hayati seni batik Brunei
Sukan Bendang disertai lebih 2,000 peserta, perkukuh perpaduan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur