2025-09-01 HaiPress

87 kontinjen dengan 5,000 peserta daripada pelbagai jabatan
SEREMBAN,31 Ogos – Lebih 30,000 pengunjung membanjiri pekarangan Padang Majlis Bandaraya Seremban (MBS) seawal 5.30 pagi bagi menyaksikan Sambutan Hari Kebangsaan 2023 peringkat Negeri Sembilan,hari ini.
Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan,Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir dan Tunku Ampuan Besar,Tuanku Aishah Rohani Almarhum Tengku Besar Mahmud,berkenan berangkat menyaksikan sambutan tersebut. Keberangkatan baginda berdua disambut Menteri Besar,Datuk Seri Aminuddin Harun.
Acara sambutan diserikan dengan perbarisan membabitkan 87 kontinjen dengan penyertaan 5,000 peserta daripada pelbagai jabatan dan agensi kerajaan,badan berkanun,pertubuhan bukan kerajaan (NGO),institusi pendidikan serta syarikat swasta.
“Alhamdulillah,saya lihat kehadiran hari ini lebih ramai berbanding tahun lalu. Inilah semangat dan harapan kita supaya anak-anak,ibu bapa serta masyarakat tanpa mengira usia menunjukkan sokongan dan rasa syukur atas nikmat kemerdekaan.
Saya berbangga dengan rakyat Negeri Sembilan pada hari ini,” kata Datuk Seri Aminuddin
Beliau berkata demikian selepas menyaksikan Sambutan Hari Kebangsaan peringkat negeri di Seremban.
Membina Jambatan Dialog Berterusan: Memacu Proses Kemasukan Anmrex dan Merealisasikan Penyelarasan Pematuhan Dua Hala
Building a Normalized Dialogue Bridge: Advancing Anmrex Admission Process and Achieving Two-Way Compliance Alignment
CON-FEST 2026 himpun lebih 300 pengiat industri kreatif global
Jiwa@Komuniti MADANI eratkan hubungan kerajaan dengan masyarakat Endau
Sistem kesihatan awam sedia ada masih relevan, NHI tidak diperlukan
Integrasi rapat klinik kerajaan-swasta tangani beban NCD
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur