2025-09-01 HaiPress

Lebih 4,000 lokasi terima SARA menerusi MyKad hingga 31 Disember
SUBANG JAYA,31 Ogos – Bantuan sekali beri RM100 di bawah Program Sumbangan Asas Rahmah (SARA) menerusi MyKad mula disalurkan hari ini.
Tinjauan di sebuah pasar raya di Subang Jaya mendapati orang ramai sudah mula memanfaatkan inisiatif berkenaan seawal pagi.
Pihak pasar raya terbabit turut mengambil inisiatif menyediakan ruangan khas bagi menyusun barangan yang layak dibeli,bagi memudahkan pelanggan.
Rata-rata pembeli menyifatkan barangan asas yang ditawarkan pelbagai dan mencukupi.
Norhayati Mior Ahmad,seorang warga emas,berkata beliau membeli barangan asas seperti beras dan gula yang dapat meringankan beban dapur.
“Pembelian barangan seperti telur,biskut,roti,gula dan beras sedikit sebanyak menampung perbelanjaan bulanan kami sekeluarga,” kata Mohd Rahafaizul Mohd Rashid.
Seorang lagi pembeli,Komala Sivachandran,berkata bantuan ini nyata mengurangkan beban keluarga kerana dapat menampung keperluan asas.
Bagi Mohamed Nazly Abdullah pula,keluarganya menerima RM500 termasuk untuk tiga anak,sekali gus membolehkan mereka membeli pelbagai barangan.
“Syukur alhamdulillah,terima kasih atas inisiatif ini. Banyak barangan boleh dibeli,dan saya berharap kerajaan Madani meneruskan bantuan ini,” katanya.
Golongan muda turut memanfaatkan bantuan tersebut untuk barangan harian dan keperluan belajar.
“Saya membeli barangan mandian dan ubat-ubatan. Proses pengesahan transaksi sangat mudah,hanya mengambil masa beberapa minit,” kata Muhammad Razman Rudy.
Orang ramai boleh menggunakan aplikasi MyKasih untuk menyemak lokasi pasar raya berdekatan serta senarai barangan yang layak dibeli.
Bantuan SARA RM100 boleh digunakan di lebih 4,000 rakan niaga seluruh negara sehingga 31 Disember ini.
Membina Jambatan Dialog Berterusan: Memacu Proses Kemasukan Anmrex dan Merealisasikan Penyelarasan Pematuhan Dua Hala
Building a Normalized Dialogue Bridge: Advancing Anmrex Admission Process and Achieving Two-Way Compliance Alignment
CON-FEST 2026 himpun lebih 300 pengiat industri kreatif global
Jiwa@Komuniti MADANI eratkan hubungan kerajaan dengan masyarakat Endau
Sistem kesihatan awam sedia ada masih relevan, NHI tidak diperlukan
Integrasi rapat klinik kerajaan-swasta tangani beban NCD
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur