2025-09-01 HaiPress

Meriah dengan penyertaan 91 kenderaan air melibatkan 484 peserta / Foto TRDI
KUALA TERENGGANU,31 Ogos – Pertandingan Perarakan Bot Merdeka Terengganu 2025 berlangsung meriah dengan penyertaan 91 kenderaan air melibatkan 484 peserta,meskipun cuaca tidak menentu.
Program anjuran Jabatan Pelancongan Negeri Terengganu dengan kerjasama Urusetia Belia,Sukan dan NGO Terengganu Sejahtera itu mempertandingkan empat kategori utama iaitu Bot Agensi Kerajaan,Bot Nelayan,Bot Pelancong dan Jet Ski.
Lebih 10,000 pengunjung membanjiri tebing Sungai Terengganu untuk menyaksikan perarakan berwarna-warni yang bukan sahaja meniupkan semangat patriotisme,malah menggabungkan penyertaan agensi kerajaan,swasta,NGO serta komuniti setempat dalam suasana penuh perpaduan.
Acara turut menarik penyertaan peserta luar Terengganu yang teruja merasai pengalaman unik di perairan Sungai Terengganu.
Bagi Mohd Mustazary Ali Musa,41 tahun,dari Puncak Alam,penyertaan bersama keluarga dan rakan dari Kedah meninggalkan kenangan manis.
“Kebetulan saya bercuti dengan keluarga dan singgah ke Terengganu. Tidak sangka dapat peluang menyertai perarakan ini. Anak-anak sangat teruja kerana dapat merasai suasana kemerdekaan yang berbeza,” katanya.
Seorang lagi peserta,Awang Shahrul Mohd,50 tahun,dari Temerloh,Pahang,berkata meskipun mengeluarkan hampir RM400 untuk menghias bot,ia berbaloi kerana sambutan pengunjung sangat luar biasa.
“Ini kali pertama saya sertai perarakan. Suasananya sangat meriah dan menjadi tarikan utama di Terengganu,” katanya.
Perarakan bermula dari empat jeti utama iaitu Pulau Kekabu (Marang),Pengkalan Pok Awang (Kuala Terengganu),Jeti Kampung Batin (Kuala Nerus) dan Pengkalan Tanjung Gelam (Setiu) sebelum kesemua bot berarak menuju ke Muara Sungai Terengganu.
Majlis perasmian disempurnakan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan,Kebudayaan,Alam Sekitar dan Perubahan Iklim Negeri,Datuk Razali Idris.
USTEU will showcase its full scenario charging solution at ENERtec ASIA 2026 in Malaysia
GSF 2.0: Malaysia-Turkiye bekerjasama bawa pulang 29 rakyat Malaysia
Perhebat usaha diplomatik, bebas 29 rakyat Malaysia ditahan Israel
535 warga kerja sektor penyiaran dan komunikasi terima APC
RUU warga emas dibentang pada sesi parlimen akan datang
Wanita maut, anak parah dirempuh lori
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur