2025-09-01 HaiPress

Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari
SUNGAI BESAR,1 September -Kerajaan Negeri Selangor mengambil langkah proaktif bagi memperkukuh kesiapsiagaan menghadapi sebarang kemungkinan,susulan gegaran lemah yang berlaku di Segamat,Johor baru-baru ini.
Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari berkata,semakan lanjut bersama Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) sedang dijalankan bagi menilai tahap risiko dan keperluan tindakan lanjut.
"Kita setakat ini hanya menerima gegaran kecil. Tetapi ia memberikan ingatan kepada kita untuk menyemak dengan MetMalaysia sebab asasnya kita terkeluar daripada lingkaran kawasan kawasan gunung berapi dan gempa bumi,tapi kesannya masih dapat dirasai,itu memang telah diakui sejak 2006 bila berlaku tsunami kita ada rasa gegaran tapi kita masih lagi selamat. Bagaimanapun saya akan rujuk semula dengan MetMalaysia kalau ada keperluan untuk kita ambil langkah langkah susulan," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Expo Kemerdekaan Kampung Tradisi Negeri Selangor 2025,di sini.
Datuk Seri Amirudin berkata pihaknya buat masa ini kerajaan negeri masih melaksanakan keperluan persediaan asas,namun bersedia untuk mempertingkatkan kesiapsiagaan sekiranya situasi memerlukan.
Katanya,pasukan penyelamat negeri sentiasa diperkukuh dengan keupayaan baharu,meskipun sebelum ini tidak memiliki kepakaran khusus menangani gempa bumi.
"Pasukan kita akan mengambil kira tentang persediaan itu,kalau ada keperluan tapi setakat ini kita mengambil keperluan keperluan biasa. Semalam,dalam perbarisan,kita juga telah mempersembahkan Stranger,peralatan yang dibangunkan sendiri untuk misi penyelamatan pasukan PANTAS. Pasukan-pasukan yang kita miliki sekarang memang telah kita bina dan latih dengan baik.
"Sebelum ini,kawasan seperti yang berisiko gempa bumi tidak termasuk dalam radar pemantauan kita,namun isu-isu seperti tanah runtuh dan banjir masih berada dalam kawalan serta pengurusan kita. Saya percaya perkara ini juga akan terus diberi perhatian," katanya lagi.
Sultan Pahang titah solat hajat di semua masjid, doa jerebu Sarawak pulih
Taska di Sarawak tutup serta-merta jika IPU cecah 200
Sambutan Hari RTM ke-80, Bulan Kebangsaan 2026 di Terengganu meriah
Mansuh AUKU: Mahasiswa mahu kebebasan bersuara seiring tanggungjawab
PM Anwar, isteri hayati seni batik Brunei
Sukan Bendang disertai lebih 2,000 peserta, perkukuh perpaduan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur