2025-09-01 HaiPress

Dr. Azlan Sulaiman
KUALA LUMPUR,1 September - Kombinasi kos rawatan kompetitif,kualiti perkhidmatan bertaraf antarabangsa dan keunikan budaya mesra pelancong menjadikan negara-negara ASEAN berpotensi untuk menjadi hab pelancongan kesihatan di peringkat global.
Timbalan Pengarah Urusan Klinikal (Surgeri) Hospital Sultan Abdul Aziz Shah Universiti Putra Malaysia (UPM) Dr. Azlan Sulaiman berkata,kesedaran global terhadap kelebihan ASEAN dalam pelancongan kesihatan semakin meningkat,terutamanya dalam menawarkan kepakaran perubatan yang berkualiti tinggi.
"Mungkin boleh dikatakan bahawa Thailand,Malaysia dan Singapura kelihatan lebih menonjol dalam perkembangan pelancongan kesihatan kerana mereka mempunyai banyak hospital yang telah mendapat pengiktirafan Suruhanjaya Bersama Antarabangsa (JCI).
"JCI ialah sebuah badan antarabangsa yang memberikan pensijilan kepada hospital-hospital. Selain itu,negara-negara ini juga sangat aktif dan berjaya dalam aspek promosi pelancongan.
"Faktor budaya juga memainkan peranan penting. Apabila kita bercakap tentang budaya,negara-negara ASEAN secara umumnya dikenali dengan sikap ramah,mesra dan menghormati pelancong asing.
"Kita mudah tersenyum,dan sebagai contoh,rakyat Malaysia terkenal dengan keramahan mereka. Oleh itu,faktor budaya ini mampu menarik minat serta menyentuh hati pelancong asing untuk datang ke rantau ASEAN," katanya kepada pemberita selepas Program Selamat Pagi Malaysia di Angkasapuri Kota Media di sini.
Peningkatan dalam sektor itu turut berpotensi mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan serta meningkatkan taraf hidup masyarakat di rantau ASEAN.
ASEAN kini sedang bergerak menuju era baharu pelancongan kesihatan secara holistik dan tidak hanya tertumpu kepada penyembuhan penyakit.
Sultan Pahang titah solat hajat di semua masjid, doa jerebu Sarawak pulih
Taska di Sarawak tutup serta-merta jika IPU cecah 200
Sambutan Hari RTM ke-80, Bulan Kebangsaan 2026 di Terengganu meriah
Mansuh AUKU: Mahasiswa mahu kebebasan bersuara seiring tanggungjawab
PM Anwar, isteri hayati seni batik Brunei
Sukan Bendang disertai lebih 2,000 peserta, perkukuh perpaduan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur