2025-09-01 HaiPress

Peserta perbarisan memeriahkan suasana pada Sambutan Hari Kebangsaan 2025 di Dataran Putrajaya/ BERNAMA
KUALA LUMPUR,1 September - Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua petugas keselamatan,sukarelawan,penjawat awam serta mereka yang bertungkus-lumus menjayakan sambutan Hari Kebangsaan 2025 di Dataran Putrajaya,semalam.
Perdana Menteri menerusi hantaran Facebook menyifatkan semua petugas yang menjalankan tugasan mereka dengan penuh dedikasi sebagai luar biasa.
"Tidak lupa,terima kasih kepada para hadirin yang hadir untuk bersama-sama meraikan detik bermakna ini sebagai satu rakyat,satu negara.
"Kehadiran dan komitmen semua melambangkan kekuatan sebenar Malaysia kekuatan yang lahir daripada perpaduan,saling menghormati,dan rasa cinta terhadap tanah air tercinta ini," menurut hantaran itu.
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah berkenan berangkat ke sambutan Hari Kebangsaan 2025 yang bertemakan 'Malaysia MADANI: Rakyat Disantuni' itu semalam.
Perarakan dan persembahan tahun ini menyaksikan penglibatan 14,062 peserta,81 kontinjen,21 pasukan pancaragam,tujuh kereta berhias,508 aset Angkatan Tentera Darat dan Tentera Udara Diraja Malaysia,serta 116 haiwan dalam perkhidmatan awam.
Suasana di Dataran Putrajaya gamat dengan sorakan lebih 100,000 pengunjung yang hadir memeriahkan sambutan Hari Kebangsaan ke-68.
Pentashuman graphic atau grafik manusia terdiri daripadalebih 2,000 pelajar sekolah seluruh Selangor turut mencuri tumpuan pada acara itu,termasuk persembahan memukau daripada Biduanita Negara Datuk Seri Siti Nurhaliza yang menyanyikan lagu tema Hari Kebangsaan iaitu 'Malaysia MADANI Rakyat Disantuni'.
Empat langkah tangani krisis air sawah Perak Tengah
KPT sokong inisiatif MAHSA, Micro-Credential jadi pemangkin ‘upskilling’
AS digesa tarik balik tekanan terhadap Malaysia
Peruntukan pertahanan meningkat 35 peratus, tertinggi dalam sejarah
Karnival Masjid Negara 2026 perkasa masjid sebagai pusat komuniti
SK Bukit Pantai terima blok baharu ganti bangunan rosak akibat anai-anai
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur