2025-09-01 HaiPress

Ketua Perangkawan,Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin / Foto BERNAMA
KUALA LUMPUR,29 Ogos - Ekonomi Malaysia terus berdaya tahan pada suku kedua 2025,dipacu permintaan domestik yang kukuh,harga barangan yang terkawal serta pasaran buruh yang semakin stabil.
Menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM),Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) negara berkembang 4.4 peratus,mengekalkan momentum pertumbuhan seperti suku sebelumnya.
Ketua Perangkawan,Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin berkata,pertumbuhan tersebut didorong sektor perkhidmatan,manakala penggunaan swasta dan pelaburan kekal sebagai pemacu utama permintaan.
“Daya tahan permintaan domestik membantu meredakan tekanan luaran,sekali gus mengekalkan momentum ekonomi negara,” katanya dalam kenyataan satu kenyataan,hari ini.
Salah satu petunjuk positif kepada isi rumah ialah kadar inflasi yang kekal rendah dan stabil.
Pada Julai 2025,inflasi negara meningkat sederhana 1.2 peratus,manakala Indeks Harga Pengeluar (IHPR) bagi Pengeluaran Tempatan turun 4.2 peratus pada Jun.
Perkembangan ini menunjukkan kos pengeluaran semakin berkurangan,khususnya dalam sektor Pembuatan dan Perlombongan,sekali gus membantu mengekalkan kestabilan harga barangan pengguna.
Daripada sudut pekerjaan,pasaran buruh terus mengukuh dengan bilangan penduduk bekerja meningkat 2.9 peratus kepada 16.85 juta orang.
Pada masa sama,kadar pengangguran susut kepada 3.0 peratus selepas jumlah penganggur berkurang 4.4 peratus.
Sektor Perkhidmatan muncul sebagai penyumbang utama dengan peningkatan hasil 5.7 peratus kepada RM641.4 bilion,dipacu aktiviti pelancongan domestik,musim cuti dan perayaan,mencerminkan keyakinan serta kuasa beli pengguna tempatan.
Sultan Pahang titah solat hajat di semua masjid, doa jerebu Sarawak pulih
Taska di Sarawak tutup serta-merta jika IPU cecah 200
Sambutan Hari RTM ke-80, Bulan Kebangsaan 2026 di Terengganu meriah
Mansuh AUKU: Mahasiswa mahu kebebasan bersuara seiring tanggungjawab
PM Anwar, isteri hayati seni batik Brunei
Sukan Bendang disertai lebih 2,000 peserta, perkukuh perpaduan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur