2025-09-01 HaiPress

Ketua Pegawai Eksekutif CIMB Group Holdings Bhd,Novan Amirudin
KUALA LUMPUR,29 Ogos -CIMB Group Holdings Bhd optimis mampu meneruskan momentum pertumbuhan positif pada separuh kedua 2025 berpandukan pulangan ke atas ekuiti (ROE) sebanyak 11 hingga 11.5 peratus,meskipun berdepan persekitaran global yang mencabar.
Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulannya Novan Amirudin berkata,keyakinan itu didorong pertumbuhan pinjaman yang stabil serta segmen jualan borong yang diunjurkan kukuh pada separuh kedua tahun ini.
"Terdapat pemotongan kadar faedah di seluruh rantau. Namun,inilah masanya perniagaan perlu kekal tangkas bagi mengurangkan kesan daripada pemotongan kadar tersebut. Kita perlu memastikan pertumbuhan aset yang mencukupi,memperkukuh jualan merentas produk,mengekalkan disiplin kos serta sentiasa berwaspada terhadap kualiti aset," katanya dalam Sidang Media Keputusan Kewangan Separuh Pertama 2025 CIMB Group Holdings Berhad,di sini.
Syarikat itu mencatatkan prestasi kewangan dengan keuntungan sebelum cukai sebanyak RM5.27 billion dan keuntungan bersih RM3.86 billion bagi separuh pertama berakhir 30 Jun 2025.
Walaupun keuntungan bersih separuh pertama 2025 menurun sebanyak 0.9 peratus tahun ke tahun,namun pada asas pertukaran mata wang tetap,keuntungan bersih meningkat 3.3 peratus.
Dividen interim pertama secara tunai sebanyak 19.75 sen sesaham dicadangkan kumpulan,berdasarkan kadar pembayaran konsisten 55.5 peratus,yang bersamaan dengan jumlah pembayaran RM2.1 bilion.
Empat langkah tangani krisis air sawah Perak Tengah
KPT sokong inisiatif MAHSA, Micro-Credential jadi pemangkin ‘upskilling’
AS digesa tarik balik tekanan terhadap Malaysia
Peruntukan pertahanan meningkat 35 peratus, tertinggi dalam sejarah
Karnival Masjid Negara 2026 perkasa masjid sebagai pusat komuniti
SK Bukit Pantai terima blok baharu ganti bangunan rosak akibat anai-anai
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur