2025-09-01 HaiPress

ASNB COVR adalah produk terbaru hibrid takaful pelaburan yang pertama untuk Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB)/Foto BERNAMA
KUALA LUMPUR,30 Ogos - Syarikat pengurusan unit amanah milik penuh Permodalan Nasional Berhad (PNB),Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB),mensasarkan 10 peratus daripada 13 juta pemegang unitnya akan memiliki produk terbaharunya,ASNB COVR.
Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengarah Eksekutif ASNB,Fadzihan Abbas Mohamed Ramlee berkata,inisiatif kolaborasi antara ASNB danTakaful Ikhlas Family Berhad (Takaful IKHLAS) itu menggabungkan pelaburan unit amanah bersama perlindungan takaful.
Jelasnya,pengenalan produk itu menandakan pencapaian penting dalam perjalanan ASNB untuk memperkasakan kewangan dan meningkatkan perlindungan rakyat Malaysia.
''ASNB COVR adalah produk terbaru hibrid takaful pelaburan yang pertama untuk ASNB. Kita ada lima pelan yang bermula daripada RM40 hingga ke RM200 iaitu jumlah yang mampu milik.
''75 peratus daripada jumlah simpanan akan diperuntukkan bagi pelaburan,manakala 25 peratus untuk takaful,jadi sambil melabur kita juga mempunyai perlindungan takaful,'' katanya selepas majlis pelancaran produk tersebut,di sini hari ini.
Tambah beliau,tawaran produk terbaharu itu juga sebahagian daripada inisiatif ‘Kita Generasi Labur’,yang bermatlamat melahirkan rakyat Malaysia yang celik kewangan dan mampu mencapai kemerdekaan kewangan sebenar.
Menerusi pelan hibrid takaful pelaburan yang ditawarkan,pemegang unit layak menikmati perlindungan sehingga RM100,000.
''Pemegang unit yang melanggan pakej ASNB COVR120 dan ke atas,berpeluang untuk memenangi hadiah bernilai sehingga RM3,000. Kempen bermula dari 25 Ogos 2025 dan akan berlangsung sehingga 31 Januari 2026,'' katanya.
USTEU will showcase its full scenario charging solution at ENERtec ASIA 2026 in Malaysia
GSF 2.0: Malaysia-Turkiye bekerjasama bawa pulang 29 rakyat Malaysia
Perhebat usaha diplomatik, bebas 29 rakyat Malaysia ditahan Israel
535 warga kerja sektor penyiaran dan komunikasi terima APC
RUU warga emas dibentang pada sesi parlimen akan datang
Wanita maut, anak parah dirempuh lori
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur