2025-09-01 HaiPress

Foto hiasan
KUALA LUMPUR,29 Ogos - Niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatif ditutup rendah hari ini berikutan harga minyak kacang soya yang agak lemah,kata seorang peniaga.
Peniaga minyak sawit David Ng berkata sentimen pasaran juga dipengaruhi oleh kebimbangan mengenai peningkatan pengeluaran,terutamanya disebabkan musim.
“Kami melihat sokongan pada RM4,350 setan dan rintangan pada RM4,500 setan,” katanya kepada Bernama.
Pada penutup,kontrak September 2025 serta Oktober 2025,masing-masing menurun RM67 kepada RM4,308 setan dan RM4,347 setan,manakala November 2025 berkurangan sebanyak RM69 kepada RM4,380 setan.
Disember 2025 menguncup RM64 kepada RM4,408 setan,Januari 2026 jatuh RM58 kepada RM4,425 setan dan Februari 2026 rugi RM57 kepada RM4,417 setan.
Jumlah dagangan melonjak kepada 77,969 lot berbanding 53,234 lot yang catatkan pada hari Khamis,manakala kepentingan terbuka merosot kepada 253,380 kontrak daripada 253,737.
Harga MSM fizikal untuk September Selatan turun sebanyak RM20 kepada RM4,370 setan.- BERNAMA
Sultan Pahang titah solat hajat di semua masjid, doa jerebu Sarawak pulih
Taska di Sarawak tutup serta-merta jika IPU cecah 200
Sambutan Hari RTM ke-80, Bulan Kebangsaan 2026 di Terengganu meriah
Mansuh AUKU: Mahasiswa mahu kebebasan bersuara seiring tanggungjawab
PM Anwar, isteri hayati seni batik Brunei
Sukan Bendang disertai lebih 2,000 peserta, perkukuh perpaduan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur