2025-09-01 HaiPress

Ketua Ahli Ekonomi Bank Dunia bagi Malaysia Dr Apurva Sanghi / Foto Fail / Bernama
KUALA LUMPUR,30 Ogos - Kejayaan Malaysia dalam menangani kemiskinan melibatkan jutaan penduduk,tanpa mewujudkan kawasan mundur yang kekal,sering kali diabaikan.
Ketua Ahli Ekonomi Bank Dunia bagi Malaysia Dr Apurva Sanghi dalam perkongsian di X (@ApurvaSanghi) berkata walaupun kira-kira separuh daripada rakyat Malaysia hidup dalam kemiskinan selama sedekad atau lebih selepas merdeka,jumlah itu berkurangan kepada enam dalam 100,menjadikan lebih 14 juta berjaya keluar dari kemiskinan.
Walaupun usaha berterusan berjaya mengurangkan kadar itu kepada sifar,beliau berkata pencapaian itu amat luar biasa,terutamanya dalam konteks sejarah Malaysia-Singapura.
Sanghi berkata Malaysia juga telah mencapai kemajuan besar apabila beralih daripada barangan ‘mudah’ kepada ‘kompleks’,yang memerlukan kemahiran,pengetahuan dan teknologi yang lebih baik.
“Ekonomi Malaysia yang kompleks telah mengatasi setiap rakan lain yang bergantung kepada komoditi lain pada tahap pendapatan yang sama sekitar kemerdekaan. Contohnya,komoditi asas atau barangan ‘mudah’,merangkumi 95 peratus daripada eksport pada awal 1960-an. Kini,ia hanya 30 peratus,” katanya.
Beliau berkata perubahan itu telah meningkatkan taraf hidup dengan ketara.
“Filipina,Zambia dan lain-lain semuanya bermula pada masa yang sama seperti Malaysia,tetapi hari ini,keluaran dalam negara kasar per kapita Malaysia adalah 3.6 kali ganda berbanding Filipina dan kira-kira sembilan kali ganda berbanding Zambia. Rakyat Malaysia patut berbangga dengan keadaan ekonomi yang pelbagai dan terlepas daripada sumpahan sumber,” katanya.
Beliau turut menekankan bahawa Malaysia secara senyap-senyap telah berjaya menjadi pemain global dalam ekonomi halal,bukan sahaja dalam makanan tetapi juga dalam kosmetik,logistik,pelancongan,farmaseutikal dan sektor lain.
“Pensijilan dan piawaian Malaysia kini telah menjadi penanda aras di peringkat global,” katanya. -BERNAMA
Membina Jambatan Dialog Berterusan: Memacu Proses Kemasukan Anmrex dan Merealisasikan Penyelarasan Pematuhan Dua Hala
Building a Normalized Dialogue Bridge: Advancing Anmrex Admission Process and Achieving Two-Way Compliance Alignment
CON-FEST 2026 himpun lebih 300 pengiat industri kreatif global
Jiwa@Komuniti MADANI eratkan hubungan kerajaan dengan masyarakat Endau
Sistem kesihatan awam sedia ada masih relevan, NHI tidak diperlukan
Integrasi rapat klinik kerajaan-swasta tangani beban NCD
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur