2025-09-01 HaiPress

Novan Amirudin
KUALA LUMPUR,31 Ogos - CIMB Group Holdings Bhd bakal melancarkan aplikasi perbankan perniagaan baharu,OCTOBiz untuk pasaran Malaysia dan Indonesia menjelang suku keempat 2025.
Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan,Novan Amirudin berkata,aplikasi itu dibangunkan khusus bagi memperkukuh sokongan serta kemudahan perbankan buat pelanggan perniagaan,seiring dengan kejayaan aplikasi runcit OCTO.
Pengenalan aplikasi tersebut juga sebahagian daripada usaha CIMB untuk menyediakan penyelesaian kewangan yang lebih inklusif,khususnya bagi perusahaan kecil dan sederhana (PKS) yang berdepan cabaran modal kerja serta kekangan cagaran untuk mendapatkan pembiayaan.
"Sebab utama kami bangunkan produk ini adalah hasil daripada libat urus dengan pelanggan,dan kami dapati inilah yang diperlukan oleh perusahaan kecil dan sederhana (PKS).
''Cabaran terbesar bagi PKS ialah modal kerja untuk menampung keperluan dari bulan ke bulan,dan tidak semua mempunyai cagaran untuk mendapatkan pembiayaan," katanya.
Beliau berkata demikian dalam Sidang Media Prestasi Kewangan Separuh Pertama 2025 CIMB,baru-baru ini di ibu negara.
Langkah itu mencerminkan komitmen CIMB untuk terus memberikan pulangan mampan dan mengukuhkan kedudukannya sebagai bank pilihan di rantau ASEAN.
Sultan Pahang titah solat hajat di semua masjid, doa jerebu Sarawak pulih
Taska di Sarawak tutup serta-merta jika IPU cecah 200
Sambutan Hari RTM ke-80, Bulan Kebangsaan 2026 di Terengganu meriah
Mansuh AUKU: Mahasiswa mahu kebebasan bersuara seiring tanggungjawab
PM Anwar, isteri hayati seni batik Brunei
Sukan Bendang disertai lebih 2,000 peserta, perkukuh perpaduan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur