2025-09-03 HaiPress

Foto FB Jabatan Imigresen Malaysia W.P. Labuan
LABUAN,3 September - Sebanyak 130 operasi dijalankan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) setakat ini bagi membentera Pendatang Tanpa Izin (PATI) di Labuan.
1,313 individu diperiksa dan seramai 110 PATI ditahan,atas kesalahan seperti tinggal lebih masa dan tidak memiliki dokumen sah di bawah Akta Imigresen.
Menurut Pengarah JIM Labuan,Raymond Entalai,lapan majikan turut dikenakan kompaun kerana menggaji PATI secara tidak sah.
"Operasi ini akan diteruskan hingga hujung tahun,dan mungkin disambung tahun hadapan.
"Saya menyeru majikan di Labuan supaya mematuhi SOP yang ditetapkan dan tidak takut untuk hadir ke pejabat kami bagi mendapatkan maklumat tentang cara menggaji warga asing secara sah. Kami sentiasa bersedia membantu," katanya.
Tambah beliau,JIM sentiasa bekerjasama dengan agensi penguat kuasa lain bagi memperketat kawalan di semua pintu masuk udara dan laut,bagi menghalang kemasukan PATI ke Labuan.
Sultan Pahang titah solat hajat di semua masjid, doa jerebu Sarawak pulih
Taska di Sarawak tutup serta-merta jika IPU cecah 200
Sambutan Hari RTM ke-80, Bulan Kebangsaan 2026 di Terengganu meriah
Mansuh AUKU: Mahasiswa mahu kebebasan bersuara seiring tanggungjawab
PM Anwar, isteri hayati seni batik Brunei
Sukan Bendang disertai lebih 2,000 peserta, perkukuh perpaduan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur