2025-09-03 HaiPress

Foto JBPM Sarawak
MIRI,3 September - Sebuah gereja di Jalan Bintulu - Miri,Sarawak musnah 80 peratus dalam satu kebakaran,malam tadi.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Batu Niah,Rary Binjie ketika dihubungi RTM berkata,pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 11.52 malam melibatkan kebakaran di Gereja Sidang Injil Borneo Bakas,Sibuti.
Beliau dan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Batu Niah bersama sebuah jentera Fire Rescue Tender (FRT) kemudiannya bergegas ke lokasi kejadian yang terletak 50 kilometer dari balai bomba tersebut.
Operasi pemadaman dilakukan dengan menggunakan satu aliran dan dua nozel dengan sumber air terbuka iaitu Sungai berdekatan berikutan tekanan rendah daripada air pili bomba sebelum api berjaya dikawal dan operasi ditamatkan pada pukul 2.33 pagi.
Siasatan mendapati kebakaran melibatkan struktur separuh kekal dua tingkat dan tiada sebarang kecederaan dilaporkan.
Katanya,gereja berkenaan hanya dihuni seorang pastor,Pastor Ibrahim Anyik manakala punca kebakaran dan jumlah kerugian masih dalam siasatan.
Sultan Pahang titah solat hajat di semua masjid, doa jerebu Sarawak pulih
Taska di Sarawak tutup serta-merta jika IPU cecah 200
Sambutan Hari RTM ke-80, Bulan Kebangsaan 2026 di Terengganu meriah
Mansuh AUKU: Mahasiswa mahu kebebasan bersuara seiring tanggungjawab
PM Anwar, isteri hayati seni batik Brunei
Sukan Bendang disertai lebih 2,000 peserta, perkukuh perpaduan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur