2025-09-03 HaiPress

Timbalan Menteri Pembangunan Wanita,Keluarga dan Masyarakat,Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad
KUALA LUMPUR,3 September - Kerajaan menumpukan peranan suami sebagai pengurus rumah tangga sepenuh masa seiring perubahan dinamik sosial dan peningkatan penyertaan wanita dalam sektor pekerjaan.
Tegas Timbalan Menteri Pembangunan Wanita,Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad,pelbagai inisiatif dilaksanakan melalui Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) termasuk Program Kesejahteraan Lelaki serta Program Pemerkasaan dan Kesejahteraan Lelaki (PDMAN).
Katanya setakat Julai lalu,ia telah disertai lebih 15,000 lelaki di seluruh negara.
“Pemerkasaan peranan lelaki dan wanita dalam pembangunan negara diberi keutamaan sebagai langkah strategik ke arah mewujudkan sebuah masyarakat yang lebih saksama,progresif dan seimbang,” katanya di Dewan Negara hari ini.
Beliau menjawab pertanyaan Senator Datuk Nelson W Angang mengenai rancangan Kerajaan untuk memperkenalkan inisiatif seperti i-Suri bagi membantu suami yang berperanan sebagai pengurus rumah tangga sepenuh masa.
Tambahnya,skim keselamatan sosial pekerjaan sendiri di bawah Kementerian Sumber Manusia turut meliputi golongan suami yang bekerja sendiri manakala Jabatan Kebajikan Masyarakat menyediakan bantuan kewangan sementara bagi ketua isi rumah lelaki yang memerlukan.
Langkah itu diyakini dapat melahirkan golongan lelaki yang lebih bertanggungjawab di samping memperkukuh keharmonian keluarga dan kesejahteraan masyarakat.
Empat langkah tangani krisis air sawah Perak Tengah
KPT sokong inisiatif MAHSA, Micro-Credential jadi pemangkin ‘upskilling’
AS digesa tarik balik tekanan terhadap Malaysia
Peruntukan pertahanan meningkat 35 peratus, tertinggi dalam sejarah
Karnival Masjid Negara 2026 perkasa masjid sebagai pusat komuniti
SK Bukit Pantai terima blok baharu ganti bangunan rosak akibat anai-anai
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur