2025-09-03 HaiPress

Pemandangan Lebuhraya Pan Borneo (LPB) Sarawak Serian-Sri Aman yang dirakam dengan menggunakan dron / Foto BERNAMA
KUALA LUMPUR,3 September-Sebanyak 10,039 unit lampu jalan telah dipasang sepanjang jajaran Lebuhraya Pan Borneo (LPB) Sarawak bagi meningkatkan keselamatan pengguna.
Timbalan Menteri Kerja Raya,Datuk Seri Ahmad Maslan berkata,pemasangan lampu itu memberi tumpuan kepada kawasan strategik termasuk persimpangan utama,jambatan lebih 100 meter dan kawasan berkepadatan tinggi.
“Langkah ini dilaksana demi memastikan keselamatan pengguna LPB Sarawak berada pada tahap tertinggi.
Pelaksanaan ini juga selaras saranan audit keselamatan jalan yang menjadi garis panduan utama dalam reka bentuk dan pembinaan infrastruktur negara,” katanya di Dewan Negara.
Beliau menjawab pertanyaan Senator Roderick Wong Siew Lead mengenai inisiatif kerajaan memasang lampu jalan di lebuh raya berkenaan.
Bagi kawasan yang belum dilengkapi lampu,kerajaan menambah ciri keselamatan lain termasuk pemantul cahaya dan penghadang jalan.
Projek LPB Sarawak melibatkan jajaran sepanjang 786 kilometer,kini mencatatkan kemajuan 99 peratus setakat Julai lalu.
Sembilan daripada 11 pakej kerja telah siap dan dibuka secara berperingkat untuk kegunaan rakyat.
Projek itu dilaksanakan melalui kaedah pembiayaan hibrid menggunakan peruntukan pembangunan serta terbitan sukuk oleh DanaInfra Nasional Berhad.
Sultan Pahang titah solat hajat di semua masjid, doa jerebu Sarawak pulih
Taska di Sarawak tutup serta-merta jika IPU cecah 200
Sambutan Hari RTM ke-80, Bulan Kebangsaan 2026 di Terengganu meriah
Mansuh AUKU: Mahasiswa mahu kebebasan bersuara seiring tanggungjawab
PM Anwar, isteri hayati seni batik Brunei
Sukan Bendang disertai lebih 2,000 peserta, perkukuh perpaduan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur