2025-09-03 HaiPress

Bantuan tunai SARA 2025 bantu perbelanjaan harian isi rumah / Foto Hiasan
KUANTAN,3 September – Orang ramai menyambut baik pelaksanaan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2025,iaitu bantuan tunai bersasar berjumlah RM100 yang dikreditkan terus ke dalam MyKad penerima untuk pembelian barangan keperluan asas.
Program yang bermula pada 31 Ogos lalu membolehkan penerima membeli barangan daripada 14 kategori utama termasuk beras,minyak masak,telur,roti dan mi segera.
Bagi Suriani Hashim,yang mempunyai anak berusia tujuh tahun dengan masalah buah pinggang,bantuan tersebut meringankan beban keluarganya dalam menyediakan barangan dapur.
“Terima kasih kepada MySARA. Program ini bagus kerana dapat membantu semua orang berjimat dalam perbelanjaan,terutamanya untuk membeli beras dan barangan dapur,” katanya.
Suriani Hashim
Nur Athirah Anuar
Roslinda Othman pula menyifatkan bantuan itu benar-benar meringankan perbelanjaan isi rumah.
“Bantuan SARA ini memang membantu beli barang asas rumah,makanan ringan anak-anak dan juga barangan tandas,” katanya.
Bantuan SARA disalurkan mulai 31 Ogos hingga 31 Disember 2025,memberi manfaat kepada 2.2 juta penerima dengan peruntukan keseluruhan RM2 bilion.
Empat langkah tangani krisis air sawah Perak Tengah
KPT sokong inisiatif MAHSA, Micro-Credential jadi pemangkin ‘upskilling’
AS digesa tarik balik tekanan terhadap Malaysia
Peruntukan pertahanan meningkat 35 peratus, tertinggi dalam sejarah
Karnival Masjid Negara 2026 perkasa masjid sebagai pusat komuniti
SK Bukit Pantai terima blok baharu ganti bangunan rosak akibat anai-anai
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur