2025-09-03 HaiPress

Foto RTM
KUALA LUMPUR,1 September – Bank Negara Malaysia (BNM) dijangka mengekalkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) pada paras 2.75 peratus menerusi mesyuarat Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) pada 4 September ini.
Ketua Ekonomi CGS International Securities Malaysia,Nazmi Idrus berkata,langkah penyelarasan OPR pada Julai lalu sudah memadai bagi memastikan kestabilan ekonomi ketika ini.
“Jika kita lihat keadaan semasa,kesan atau risiko daripada tarif baharu yang dikenakan Amerika Syarikat masih belum jelas. Justeru,kami berpendapat BNM lebih cenderung untuk menunggu dan menilai terlebih dahulu impaknya terhadap ekonomi negara sebelum membuat keputusan baharu,” katanya kepada RTM.
BNM pada 9 Julai lalu mengumumkan had siling dan lantai koridor OPR masing-masing dikurangkan kepada 3 peratus dan 2.5 peratus,selaras dengan langkah penurunan kadar tersebut.
Bank pusat sebelum ini mengekalkan OPR pada paras 2.75 peratus pada Mac 2023.
OPR kemudiannya dinaikkan kepada 3 peratus pada Mei 2023.
Empat langkah tangani krisis air sawah Perak Tengah
KPT sokong inisiatif MAHSA, Micro-Credential jadi pemangkin ‘upskilling’
AS digesa tarik balik tekanan terhadap Malaysia
Peruntukan pertahanan meningkat 35 peratus, tertinggi dalam sejarah
Karnival Masjid Negara 2026 perkasa masjid sebagai pusat komuniti
SK Bukit Pantai terima blok baharu ganti bangunan rosak akibat anai-anai
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur