2025-09-03 HaiPress

FOTO HIASAN
KUALA LUMPUR,2 September - Ringgit dibuka tinggi pada Selasa tetapi dijangka diniagakan berhati-hati hari ini berikutan peniaga akan memantau mesyuarat Jawatankuasa Dasar Monetari Bank Negara Malaysia (BNM) pada Khamis ini,selain laporan senarai gaji bukan ladang (NFP) Amerika Syarikat (AS) pada Jumaat.
Pada 8 pagi,mata wang tempatan meningkat kepada 4.2205/2300 daripada 4.2230/2275 semasa ditutup pada Jumaat lepas.
Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid menjangka BNM mengekalkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) pada 2.75 peratus.
“BNM telah melaksanakan penurunan awal OPR dan saya berpendapat tahap akomodasi dasar monetari adalah memadai untuk menyokong pertumbuhan.
“Lebih penting lagi,pasaran ingin melihat penilaian terkini bank pusat mengenai keadaan semasa ekonomi dan prospeknya,” katanya kepada Bernama.
Pada peringkat global,katanya Indeks Sentimen Pengguna (CSI) University of Michigan yang terkini merosot lebih daripada jangkaan kepada 58.2 mata pada Ogos,di bawah anggaran konsensus sebanyak 58.6 mata.
“Setakat ini,CSI mencatatkan purata 59.8 mata dalam tempoh lapan bulan pertama tahun ini berbanding 73.0 mata dalam tempoh sama pada tahun lepas,menunjukkan pengguna berhati-hati terhadap keadaan ekonomi AS,” katanya.
Sementara itu,Mohd Afzanizam berkata NFP merupakan petunjuk penting kepada keputusan Fed pada 17 September,terutamanya apabila terdapat semakan semula yang ketara pada prestasi bulan Jun dan Mei.
“Anggaran konsensus meletakkan NFP dicatatkan sebanyak 74,000 pada Ogos,lebih tinggi daripada 73,000 pada Ogos lepas,” katanya.
Oleh itu,katanya ringgit dijangka berada antara RM4.21 dan RM4.22 hari ini berikutan dolar AS menunjukkan aliran penurunan berbanding mata wang utama lain.
Pada masa yang sama,ringgit dibuka kebanyakannya rendah berbanding sekumpulan mata wang utama.
Ia mengukuh berbanding yen Jepun kepada 2.8691/8758 daripada 2.8708/8741 pada Jumaat lepas,bagaimanapun merosot berbanding pound kepada 5.7171/7300 daripada 5.6833/6894 dan rendah berbanding euro kepada 4.9443/9554 daripada 4.9291/9343.
Ringgit kebanyakannya rendah berbanding mata wang ASEAN lain.
Mata wang tempatan merosot berbanding rupiah Indonesia kepada 257.0/257.7 daripada 255.9/256.3,rendah berbanding dolar Singapura kepada 3.2875/2952 daripada 3.2859/2899 dan susut berbanding baht Thailand kepada 13.0601/13.0976 daripada 13.0327/0519 pada Jumaat lepas.
Ringgit mengukuh berbanding peso Filipina kepada 7.37/7.40 daripada 7.39/7.40 pada Jumaat lepas.- BERNAMA
SOUEAST returns to Dubai Fashion Week as official automotive partner, redefining aesthetics of mobility
Pengaruh Thailand dengan berjuta-juta pengikut berpusu-pusu ke Gunung Emei untuk perkhidmatan kebudayaan dan pelancongan bertaraf antarabangsa, menjadikannya tarikan utama
Daripada Bon Perbendaharaan AS kepada Komoditi Fizikal: BullNus Cuba Membina Kitaran Tertutup Perniagaan RWA Berpacukan "Dunia Fizikal"
Pelindung dalam Pasaran Volatil: Kepentingan 'Copy Trading' Terjamin Modal Websea
RF RACER Brand Leverages Motorsport Heritage for Engineering Excellence
Paradigma Baharu untuk Laluan Pengundian: Daripada Pengagregatan Maklumat kepada Pengaset Konsensus, Penentuan Kedudukan dan Pelaksanaan Praktikal OracleX.
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur