2025-09-03 HaiPress

Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) boleh menebus baucar bernilai RM30.
PUTRAJAYA,2 September - Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) boleh menebus baucar bernilai RM30 bagi membiayai sebahagian kos produk insurans dan takaful mampu milik dengan jumlah premium atau sumbangan tahunan sekurang-kurangnya RM50,di bawah program Baucar Perlindungan Tenang 3.0 (PTV3.0).
Baucar yang disubsidi oleh Kerajaan MADANI itu boleh ditebus mulai 1 September 2025.
Menerusi kerjasama industri insurans dan takaful,Kerajaan MADANI telah memperuntukkan RM60 juta di bawah Belanjawan 2025 untuk menampung kos produk perlindungan di bawah PTV3.0,bagi memastikan akses yang lebih meluas kepada isi rumah berpendapatan rendah.
Usaha ini melengkapi inisiatif lain seperti Skim Perubatan MADANI dan PeKa B40,bagi memperkukuh jaringan keselamatan sosial menerusi kerjasama awam–swasta yang bersasar.
Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan,Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam satu kenyataan memaklumkan,PTV3.0 mencerminkan iltizam Kerajaan MADANI untuk meningkatkan taraf hidup rakyat seperti termaktub dalam kerangka Ekonomi MADANI.
''Sesebuah negara hanya boleh bangkit bersama apabila setiap isi rumah mendapat perlindungan sewajarnya. Maka,inisiatif ini adalah untuk mengembalikan maruah dan membina ketahanan segenap lapisan masyarakat.
“Melalui PTV3.0,Kerajaan MADANI tekad untuk memperluas akses kepada semua dan semestinya keterjaminan kesihatan serta keselamatan bukanlah kemewahan yang boleh dirasai oleh sesetengah kelompok sahaja,” tambah beliau.
Selaras pendekatan Kerajaan MADANI untuk menyalurkan bantuan yang bersasar dan saksama,Kementerian Kewangan (MoF) akan melaksanakan protokol pengesahan identiti dalam PTV3.0 bagi memastikan permohonan yang sahih dan menepati
kelayakan.
Penerima STR boleh menyemak kelayakan dan merujuk Soalan Lazim PTV3.0 di www.myptv.my,atau mengunjungi mana-mana ejen,pengedar,atau premis penyedia yang mengambil bahagian.
Senarai penuh produk yang layak boleh didapati di www.mycoverage.my.
SOUEAST returns to Dubai Fashion Week as official automotive partner, redefining aesthetics of mobility
Pengaruh Thailand dengan berjuta-juta pengikut berpusu-pusu ke Gunung Emei untuk perkhidmatan kebudayaan dan pelancongan bertaraf antarabangsa, menjadikannya tarikan utama
Daripada Bon Perbendaharaan AS kepada Komoditi Fizikal: BullNus Cuba Membina Kitaran Tertutup Perniagaan RWA Berpacukan "Dunia Fizikal"
Pelindung dalam Pasaran Volatil: Kepentingan 'Copy Trading' Terjamin Modal Websea
RF RACER Brand Leverages Motorsport Heritage for Engineering Excellence
Paradigma Baharu untuk Laluan Pengundian: Daripada Pengagregatan Maklumat kepada Pengaset Konsensus, Penentuan Kedudukan dan Pelaksanaan Praktikal OracleX.
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur