2025-09-03 HaiPress

FOTO HIASAN
KUALA LUMPUR,2 Septembber – Asia dijangka terus mengekalkan kedudukan sebagai peneraju utama dalam pembuatan cip global bagi tempoh lima tahun akan datang,disokong oleh kelebihan kos,ekosistem kukuh serta kepakaran teknikal.
Agensi penarafan Moody’s Ratings dalam satu nota berkata,ketegangan geopolitik dan ketidakpastian ekonomi mendorong syarikat semikonduktor di rantau ini untuk mempelbagaikan operasi mereka secara geografi.
Ketika ini,Asia menguasai lebih 75 peratus kapasiti pembuatan cip dunia,meliputi fabrikasi wafer bagi cip logik,memori serta cip diskret,analog dan optoelektronik (DAO),termasuk bekalan bahan utama.
“Ekonomi Asia Selatan dan Asia Tenggara sedang muncul sebagai hab peringkat belakang (back-end),namun jurang teknikal mengehadkan potensi rantau ini untuk memperoleh nilai ekonomi lebih besar. Kemajuan bergantung kepada sokongan kerajaan,inovasi dan kerjasama global.
“Pada masa ini,Malaysia mendahului dalam bidang pemasangan,ujian dan pembungkusan,manakala India sedang mengembangkan keupayaan fabrikasi dan reka bentuk,” menurut laporan itu.
Moody’s menjangkakan Taiwan,Korea Selatan dan Jepun akan terus mendominasi pembuatan cip berteknologi tinggi,meskipun berlaku peningkatan pelaburan luar negara serta pertumbuhan pesat China.
“Walaupun China beralih kepada pembekal domestik yang memberi kesan kepada sebahagian permintaan,kepelbagaian eksport serta pelaburan ke dalam ekonomi Asia yang sedang berkembang berpotensi mengimbangi impak tersebut,” jelas firma itu.
Membina Jambatan Dialog Berterusan: Memacu Proses Kemasukan Anmrex dan Merealisasikan Penyelarasan Pematuhan Dua Hala
Building a Normalized Dialogue Bridge: Advancing Anmrex Admission Process and Achieving Two-Way Compliance Alignment
CON-FEST 2026 himpun lebih 300 pengiat industri kreatif global
Jiwa@Komuniti MADANI eratkan hubungan kerajaan dengan masyarakat Endau
Sistem kesihatan awam sedia ada masih relevan, NHI tidak diperlukan
Integrasi rapat klinik kerajaan-swasta tangani beban NCD
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur