2025-09-03 HaiPress

Scanfil,syarikat pembuatan elektronik tersenarai terbesar di Eropah,melabur sebanyak RM15.8 juta untuk memperluas dan memodenkan fasiliti SRX Global (Malaysia) Sdn Bhd di Johor Bahru / Foto Hiasan
KUALA LUMPUR,3 September - Scanfil,melabur sebanyak RM15.8 juta untuk memperluas dan memodenkan fasiliti SRX Global (Malaysia) Sdn Bhd di Johor Bahru.
Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) menerusi kenyataan memaklumkan,proses naik taraf itu berupaya meningkatkan kapasiti pengeluaran hampir 50 peratus,sekali gus mengukuhkan peranan Johor Bahru sebagai hab elektronik strategik di Asia.
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif MIDA,Datuk Sikh Shamsul Ibrahim Sikh Abdul Majid,pelaburan Scanfil di Johor Bahru merupakan langkah penting dalam memajukan sektor pembuatan berimpak tinggi di Malaysia.
''Pelaburan ini akan menarik teknologi termaju,mewujudkan peluang pekerjaan berkemahiran tinggi serta mengukuhkan inovasi dan kelestarian merentasi rantaian bekalan elektronik.
“Inisiatif ini sejajar dengan Pelan Induk Perindustrian Baharu (NIMP) 2030 dan Strategi Semikonduktor Nasional (NSS),yang bertujuan memperkukuh keupayaan Malaysia dalam elektronik dan semikonduktor di samping membina daya tahan jangka panjang dalam rantaian bekalan global,” katanya dalam kenyataan sama,hari ini.
Sementara itu,Ketua Pegawai Eksekutif Scanfil,Christophe Sut berkata pengembangan dan pemodenan kemudahan syarikat tersebut merupakan bukti jelas persekitaran perniagaan yang positif di Malaysia.
''Didorong kestabilan dan dasar mesra perniagaan,SRX Global sebagai anak syarikat Scanfil komited untuk membangunkan operasi di Johor Bahru dengan perspektif jangka panjang.
''Kami melihat banyak peluang besar,khususnya didorong oleh sektor industri,teknologi perubatan dan sains hayat,” katanya.
Membina Jambatan Dialog Berterusan: Memacu Proses Kemasukan Anmrex dan Merealisasikan Penyelarasan Pematuhan Dua Hala
Building a Normalized Dialogue Bridge: Advancing Anmrex Admission Process and Achieving Two-Way Compliance Alignment
CON-FEST 2026 himpun lebih 300 pengiat industri kreatif global
Jiwa@Komuniti MADANI eratkan hubungan kerajaan dengan masyarakat Endau
Sistem kesihatan awam sedia ada masih relevan, NHI tidak diperlukan
Integrasi rapat klinik kerajaan-swasta tangani beban NCD
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur