2025-09-03 HaiPress

Gambar arkib BERNAMA
KUALA LUMPUR,2 September - Pasaran getah Malaysia ditutup lebih tinggi hari ini,selepas dipacu oleh pengukuhan dalam pasaran getah serantau dan penanda aras minyak mentah,kata seorang peniaga.
Peniaga tersebut menjelaskan sentimen ini juga disokong oleh unjuran permintaan getah asli (NR) Persatuan Negara Pengeluar Getah Asli (ANRPC) yang lebih baik bagi tahun 2025,walaupun wujud kebimbangan terhadap kekurangan bekalan NR berikutan musim hujan serta keyakinan yang semakin meningkat untuk rangsangan China yang lebih lanjut.
"Bagaimanapun,keuntungan selanjutnya telah dihadkan oleh data ekonomi China yang lebih lemah di tengah-tengah ketidakpastian mengenai tarif perdagangan Amerika Syarikat dan pemotongan kadar faedah," katanya kepada Bernama.
Niaga hadapan getah Jepun melonjak hari ini,menjejaki kenaikan dalam harga minyak mentah pada kebimbangan kekurangan bekalan selepas hujan lebat di negara pengeluar utama,Thailand termasuk jangkaan peningkatan permintaan dari pengeluar kereta.
Harga minyak meningkat tinggi susulan kebimbangan mengenai gangguan bekalan akibat konflik yang semakin memanas antara Rusia dan Ukraine.
Pada 3 petang,Lembaga Getah Malaysia melaporkan bahawa harga SMR 20 menokok sebanyak 9.5 sen kepada 753.0 sen sekilogram,manakala lateks pukal meraih enam sen kepada 575.50 sen sekilogram.
Pasaran ditutup semalam sebagai ganti Hari Kebangsaan.- BERNAMA
iCAUR Melakukan Kemasukan Strategik ke Asia Tengah: Mengumumkan Pelancaran Global V27 di UAE
Hefei Spring Festival Gala Sub-Venue: Understanding the City's “Union” Through Four Moments of Palms Meeting
Websea Lancar Seni Bina "Double Pool" Insurans Kontrak: Memulakan Era Baharu Pengurusan Risiko Terperinci
J.P. MorganTradeflow:革新您的交易體驗
EP雅瑩攜東方美學深耕東南亞市場,以服飾為橋共迎新春
Websea Naik Taraf Insurans Kontrak: Jaminan Menyeluruh Terhadap Risiko Dagangan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur