2025-09-03 HaiPress

Foto BERNAMA
KUALA LUMPUR,3 September - Kadar jangka pendek dijangka kekal stabil hari ini berikutan operasi Bank Negara Malaysia (BNM) menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.
Mudah tunai dalam sistem perbankan dianggarkan sebanyak RM21.29 biIion dalam pasaran konvensional manakala dana Islam berjumlah RM20.52 bilion.
Hari ini,bank pusat itu akan mengendalikan dua tender repo berbalik merangkumi masing-masing tender RM3.0 bilion bagi tujuh hari dan tender RM1.0 bilion untuk 91 hari selain dua tender repo berbalik Islam bernilai RM200 juta selama tujuh hari dan tender RM500 juta bagi tempoh 30 hari.
BNM turut mengumumkan ketersediaan repo berbalik,perjanjian jual dan beli semula serta kemudahan Murabahah Komoditi Bercagar untuk tempoh satu minggu,satu bulan dan tiga bulan.
Pada 4 petang,BNM akan menawarkan tender semalaman konvensional sehingga RM25.3 bilion dan RM21.1 bilion dalam tender semalaman Murabahah.- BERNAMA
Sultan Pahang titah solat hajat di semua masjid, doa jerebu Sarawak pulih
Taska di Sarawak tutup serta-merta jika IPU cecah 200
Sambutan Hari RTM ke-80, Bulan Kebangsaan 2026 di Terengganu meriah
Mansuh AUKU: Mahasiswa mahu kebebasan bersuara seiring tanggungjawab
PM Anwar, isteri hayati seni batik Brunei
Sukan Bendang disertai lebih 2,000 peserta, perkukuh perpaduan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur