2025-09-03 HaiPress

Tuan Mohd Hazli Ahmad @ Adnan mengulas mengenai Penarafan Bandar Pintar Malaysia.
KUALA LUMPUR,2 September - Malaysia terus memperkukuh agenda bandar pintar melalui Penarafan Bandar Pintar Malaysia sejak 2023,sebagai panduan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) merancang pembangunan mampan dan berdaya saing. Sasaran ditetapkan sekurang-kurangnya 63 bandar utama mencapai tahap Smart City Early Adopter menjelang akhir 2025 ke arah merealisasikan status Negara Pintar 2040.
Timbalan Ketua Setiausaha (Kemampanan & Perancangan Strategik) KPKT,Tuan Mohd Hazli Ahmad @ Adnan berkata,penarafan tersebut berasaskan piawaian antarabangsa MS ISO 37122:2019 dengan empat tahap bermula Smart City Early Adopter hingga Visionary Smart City.
“Tahap pertama kita panggil Smart City Early Adopter. Tahap kedua,Developing Smart City. Yang ketiga,Leading Smart City. Dan tahap keempat,Visionary Smart City. Jadi ini berkaitan dengan penarafan bandar pintar yang kita akan tarafkan,” katanya selepas program Tetamu Biz Malaysia di Angkasapuri.
Setakat ini,41 PBT diiktiraf sebagai Early Adopter,manakala Putrajaya dan Johor Bahru berada pada tahap Developing Smart City. Tahun ini,sebanyak 67 PBT memohon menyertai penarafan,sekali gus membantu bandar menambah baik perkhidmatan,pengurusan sistematik dan kelestarian.
Antara projek yang sedang dilaksanakan termasuk Integrated Command Centre,Smart Traffic Light,Smart Street Light,Smart Pole,CCTV,Smart Bin,Smart Pedestrian Crosswalk dan Panic Button. Semua projek dipantau melalui National Smart City Platform (NSCP) yang mengumpulkan data bandar secara masa nyata.
Malaysia juga akan menjadi tuan rumah Mesyuarat Tahunan ASEAN Smart Cities Network ke-8 (ASCN8) pada 9 dan 10 September ini di Kuala Lumpur,yang dijangka mengangkat kepakaran negara sebagai peneraju pembangunan bandar pintar di rantau ini.
“Yang pertama berkaitan Smart City Exhibition dan juga Smart City Expert Talk. Pameran akan melibatkan 25 pempamer dari dalam dan luar negara,manakala Smart City Talk menampilkan panel dari tempatan,ASEAN,Amerika Syarikat,Jepun serta Korea Selatan,” jelasnya.
iCAUR Melakukan Kemasukan Strategik ke Asia Tengah: Mengumumkan Pelancaran Global V27 di UAE
Hefei Spring Festival Gala Sub-Venue: Understanding the City's “Union” Through Four Moments of Palms Meeting
Websea Lancar Seni Bina "Double Pool" Insurans Kontrak: Memulakan Era Baharu Pengurusan Risiko Terperinci
J.P. MorganTradeflow:革新您的交易體驗
EP雅瑩攜東方美學深耕東南亞市場,以服飾為橋共迎新春
Websea Naik Taraf Insurans Kontrak: Jaminan Menyeluruh Terhadap Risiko Dagangan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur