2025-09-03 HaiPress

Foto hiasan/Arkib BERNAMA
KUALA LUMPUR,2 September - Program Baucar Perlindungan Tenang (PTV 3.0) mengambil kira pelaksanaan dua fasa terdahulu dan menggalakkan penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR),membuat keputusan lebih aktif terhadap produk perlindungan yang bersesuaian dengan keperluan mereka.
Melalui inisiatif ini,penerima STR akan lebih memahami ciri,manfaat,proses pembelian dan tuntutan produk dengan hanya membayar jumlah minima,di samping menerima sokongan kewangan daripada Kerajaan.
Persatuan Takaful Malaysia (MTA),Persatuan Insurans Am Malaysia (PIAM) dan Persatuan Insurans Hayat Malaysia (LIAM) dalam kenyataan bersama hari ini menjelaskan,dalam jangka panjang,pengetahuan ini diharap meningkatkan daya tahan kewangan isi rumah
terhadap sebarang kejutan kewangan.
Ketua Pegawai Eksekutif MTA,Mohd Radzuan Mohamed berkata,PTV3.0 bukan sahaja menggalakkan keterangkuman kewangan malah memberi peluang kepada penerima STR untuk memulakan langkah pertama ke arah perancangan kewangan dan perlindungan keluarga mereka.
“Kolaborasi besar ini mencerminkan komitmen bersama kerajaan dan industri takaful serta insurans dalam memperluas perlindungan sosial dan menyokong agenda pembangunan inklusif negara,” katanya.
Sementara itu,CEO LIAM Mark O’Dell berkata melalui program PTV 3.0,lebih banyak keluarga kini berpeluang mendapatkan perlindungan mampu milik dan mengukuhkan keselamatan kewangan mereka.
“Program ini juga membantu meningkatkan kesedaran mengenai nilai insurans sebagai jaringan keselamatan jangka panjang untuk melindungi keluarga daripada cabaran hidup yang tidak dijangka,” katanya.
CEO PIAM,Chua Kim Soon pula berkata menerusi PTV 3.0 penyedia insurans am dapat melaksanakan peranan dalam memperluas perlindungan mampu milik melalui produk insurans kemalangan diri kepada komuniti yang paling memerlukan.
“Ini penting khususnya bagi pekerja p-hailing,pekerja gig,peniaga kecil,petani dan penjaga yang memerlukan perlindungan kewangan untuk kelangsungan hidup mereka,” katanya.
Di bawah Belanjawan 2025,penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) akan menerima bantuan kewangan sebanyak RM30 untuk menampung sebahagian kos pembelian produk insurans atau takaful Perlindungan Tenang.
iCAUR Melakukan Kemasukan Strategik ke Asia Tengah: Mengumumkan Pelancaran Global V27 di UAE
Hefei Spring Festival Gala Sub-Venue: Understanding the City's “Union” Through Four Moments of Palms Meeting
Websea Lancar Seni Bina "Double Pool" Insurans Kontrak: Memulakan Era Baharu Pengurusan Risiko Terperinci
J.P. MorganTradeflow:革新您的交易體驗
EP雅瑩攜東方美學深耕東南亞市場,以服飾為橋共迎新春
Websea Naik Taraf Insurans Kontrak: Jaminan Menyeluruh Terhadap Risiko Dagangan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur