2025-09-03 HaiPress

Gambar hiasan
KUALA LUMPUR,2 September - Ringgit ditutup rendah pada Selasa apabila sentimen pasaran kekal berhati-hati selain para peniaga bersedia menghadapi mesyuarat Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) Bank Negara Malaysia (BNM) pada Khamis bagi menilai penilaian ekonomi terkini.
Pada 6 petang,mata wang tempatan susut kepada 4.2270/2350 berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) daripada 4.2230/2275 ketika ditutup pada Jumaat.
Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata kepada Bernama,ramai peserta pasaran melihat langkah awal BNM menurunkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) pada Julai sebagai mencukupi dengan bank pusat itu dilihat selesa mengekalkan kadar pada paras semasa.
Beliau berkata sentimen pasaran juga berhati-hati menjelang mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan (FOMC) AS pada 16-17 September,memandangkan kemungkinan penurunan sebanyak 25 mata asas kekal tinggi.
“Pasangan dolar AS-ringgit dilihat berlegar-legar antara RM4.22 dan RM4.23. Berbanding ketika ditutup pada Jumaat,ringgit susut sebanyak 0.1 peratus kepada RM4.2295,” katanya.
Sementara itu,beliau berkata mata wang serantau menunjukkan prestasi bercampur-campur dengan faktor tempatan memainkan peranan utama dalam memacu sentimen pasaran.
“Sebagai contoh,rupiah Indonesia susut kepada IDR16,560 bagi setiap dolar AS pagi tadi menyebabkan Bank Indonesia memasuki pasaran pertukaran wang asing berikutan rusuhan sosial dan juga dalam usaha membawa mata wang itu lebih dekat kepada IDR16,300 bagi setiap dolar AS,” tambah beliau.
Pada penutup dagangan,ringgit kebanyakannya meningkat berbanding sekumpulan mata wang utama.
Ringgit mengukuh berbanding yen Jepun kepada 2.8451/8507 daripada 2.8708/8741 pada Jumaat lepas melonjak berbanding pound Britain kepada 5.6638/6745 daripada 5.6833/6894 minggu lepas serta berkembang berbanding euro kepada 4.9194/9287 daripada 4.9291/9343 sebelumnya.
Pada masa yang sama,mata wang tempatan menunjukkan prestasi bercampur-campur berbanding mata wang ASEAN yang lain,bertambah berbanding dolar Singapura kepada 3.2808/2873 daripada 3.2859/2899 pada Jumaat lepas dan mengukuh berbanding peso Filipina kepada 7.35/7.37 daripada 7.39/7.40 sebelumnya.
Bagaimanapun,mata wang tempatan susut berbanding baht Thailand kepada 13.0459/0762 daripada 13.0327/0519 minggu lepas dan menurun berbanding rupiah Indonesia kepada 257.5/258.1 daripada 255.9/256.3 sebelumnya.
-- BERNAMA
SOUEAST returns to Dubai Fashion Week as official automotive partner, redefining aesthetics of mobility
Pengaruh Thailand dengan berjuta-juta pengikut berpusu-pusu ke Gunung Emei untuk perkhidmatan kebudayaan dan pelancongan bertaraf antarabangsa, menjadikannya tarikan utama
Daripada Bon Perbendaharaan AS kepada Komoditi Fizikal: BullNus Cuba Membina Kitaran Tertutup Perniagaan RWA Berpacukan "Dunia Fizikal"
Pelindung dalam Pasaran Volatil: Kepentingan 'Copy Trading' Terjamin Modal Websea
RF RACER Brand Leverages Motorsport Heritage for Engineering Excellence
Paradigma Baharu untuk Laluan Pengundian: Daripada Pengagregatan Maklumat kepada Pengaset Konsensus, Penentuan Kedudukan dan Pelaksanaan Praktikal OracleX.
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur