2025-09-04 HaiPress

FOTO HIASAN / BERNAMA
KUANTAN,3 September – Polis menasihati ibu bapa supaya sentiasa memantau tingkah laku serta perubahan pada anak-anak agar tidak terjebak dalam aktiviti buli di sekolah.
Ketua Polis Daerah Kuantan,ACP Ashari Abu Samah,menegaskan tindakan membuli kini dikategorikan sebagai kesalahan jenayah dan boleh dihadapkan ke mahkamah jika terbukti bersalah.
“Buli bukan lagi dianggap kesalahan kecil. Selepas pindaan terbaharu Kanun Keseksaan di bawah Seksyen 507,ia diklasifikasikan sebagai jenayah. Justeru,ibu bapa perlu lebih peka dan memantau anak-anak mereka,” katanya.
Beliau berkata demikian selepas menghadiri Program Town Hall “Cegah Buli Sebelum Parah” anjuran Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan dengan kerjasama Pejabat Pendidikan Daerah Kuantan.
Program berkenaan memberi pendedahan kepada warga pendidik termasuk pengetua dan guru mengenai peruntukan undang-undang berkaitan kesalahan buli.
Dalam perkembangan lain,ACP Ashari memaklumkan polis menahan reman dua lelaki Melayu berhubung insiden pergaduhan pada 31 Disember lalu sehingga menyebabkan seorang pemandu cedera.
Kejadian dipercayai berlaku selepas kereta dinaiki dua lelaki berbangsa India melanggar seorang penunggang motosikal sebelum melarikan diri di kawasan Sungai Isap.
Mangsa kemudiannya dikejar sekumpulan individu bermotosikal sebelum dipukul menggunakan topi keledar dan kayu di kawasan sebuah bengkel berhampiran tempat kerjanya.
“Setakat ini dua individu sudah ditahan dan polis sedang mengesan beberapa lagi suspek. Insya-Allah akan ada tangkapan susulan,” jelas beliau.
Kes disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan.
Ketua Polis Daerah Kuantan,ACP Ashari Abu SamahMembina Jambatan Dialog Berterusan: Memacu Proses Kemasukan Anmrex dan Merealisasikan Penyelarasan Pematuhan Dua Hala
Building a Normalized Dialogue Bridge: Advancing Anmrex Admission Process and Achieving Two-Way Compliance Alignment
CON-FEST 2026 himpun lebih 300 pengiat industri kreatif global
Jiwa@Komuniti MADANI eratkan hubungan kerajaan dengan masyarakat Endau
Sistem kesihatan awam sedia ada masih relevan, NHI tidak diperlukan
Integrasi rapat klinik kerajaan-swasta tangani beban NCD
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur