2025-09-04 HaiPress

FOTO RTM
GEORGE TOWN,3 September – Lebih 2,000 pengunjung dijangka hadir memeriahkan program Kids Day Out 2025 anjuran FOCCAN pada 20 September ini di Dewan CAT,Kompleks Masyarakat Penyayang,George Town.
Exco Belia,Sukan dan Kesihatan Pulau Pinang,Daniel Gooi Zi Sen,berkata program yang berlangsung dari pukul 8 pagi hingga 1 tengah hari itu memberi tumpuan kepada sokongan emosi buat kanak-kanak pesakit kanser dan keluarga mereka.
“Ini adalah satu platform untuk kita wujudkan jaringan sokongan,sama ada dari segi emosi,moral mahupun pelbagai sektor lain. Kids Day Out 2025 diyakini terus menjadi wadah penting dalam meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap kanser kanak-kanak,selain menyemai semangat solidariti membantu anak-anak yang berjuang demi kehidupan lebih baik,” katanya.
Program berkenaan dianjurkan dengan kerjasama Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang dan Pejabat Exco Kesihatan,selain penyertaan agensi seperti MAKNA,Lions Club,PDRM,Bomba serta UiTM yang bakal memperkukuh jaringan sokongan,termasuk memberi hebahan mengenai rawatan kanser dan kepentingan diagnosis awal.
FOCCAN yang kini mempunyai lebih 850 ahli di seluruh wilayah utara turut menyeru orang ramai serta sektor korporat tampil menyumbang kewangan,barangan keperluan dan goodies bagi 200 kanak-kanak pesakit kanser.
Sejak ditubuhkan,FOCCAN menyalurkan pelbagai bentuk bantuan termasuk bantuan awal RM300 kepada pesakit baharu,sokongan transplant,susu,lampin pakai buang serta tabung kecemasan keluarga,dengan kos mencecah RM5,000 sebulan.
Membina Jambatan Dialog Berterusan: Memacu Proses Kemasukan Anmrex dan Merealisasikan Penyelarasan Pematuhan Dua Hala
Building a Normalized Dialogue Bridge: Advancing Anmrex Admission Process and Achieving Two-Way Compliance Alignment
CON-FEST 2026 himpun lebih 300 pengiat industri kreatif global
Jiwa@Komuniti MADANI eratkan hubungan kerajaan dengan masyarakat Endau
Sistem kesihatan awam sedia ada masih relevan, NHI tidak diperlukan
Integrasi rapat klinik kerajaan-swasta tangani beban NCD
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur