2025-09-04 HaiPress

Menteri Besar Perak,Datuk Seri Saarani Mohamad
IPOH,3 September - Perak menjadi negeri pertama memperkenalkan Program Diploma Kemahiran TVET Pengurusan Mutawif Umrah dan Ziarah khusus kepada lepasan tahfiz di negeri itu.
Menteri Besar Perak,Datuk Seri Saarani Mohamad berkata program tersebut membuka laluan pendidikan alternatif kepada lepasan tahfiz yang tidak melalui aliran akademik arus perdana,sekali gus memperkasa kelayakan profesional untuk menyumbang dalam sektor pelancongan Islam,dakwah dan ekonomi.
Menurut beliau berasaskan kelayakan Diploma Kemahiran Malaysia (DKM) yang diiktiraf Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK),program itu turut menyediakan laluan kerjaya yang jelas dan berstruktur.
"Universiti Tun Abdul Razak ada subjek itu,ada ruang untuk kita sediakan pelajar. Jadi kita kolaborasi dengan mereka ini. Kita sediakan pelajar,mereka menyediakan kurikulum. Mudah-mudahan selepas dua tahun empat bulan,mereka ini belajar ada ilmu dan kemahiran",katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada pelancaran Program Empower Tahfiz: Inisiatif Khas Pemerkasaan Anak-Anak Tahfiz Negeri Perak di Bangunan Perak Darul Ridzuan di Ipoh.
Mengulas lanjut beliau berkata Kerajaan Negeri melalui Yayasan Perak telah menyediakan tajaan pendahuluan yuran sebanyak RM2,500 bagi setiap pelajar,dengan sasaran awal sebanyak 100 penyertaan.
Prasarana bina generasi tenaga mahir pengangkutan awam melalui Program T-GEAR
Isu rumah ibadat perlu ditangani harmoni – KPN
Pendekatan damai mencerminkan kematangan rakyat Malaysia tangani perbezaan
Kos haji kekal: Beri peluang umat Islam tunai haji serta rancang kewangan
ABU DBS 2026 kembali, himpun penggiat industri penyiaran 30 Mac-2 April
PETRA perkukuh kesiapsiagaan banjir menjelang Aidilfitri
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur