2025-09-04 HaiPress

engku Mahkota Kelantan Tengku Muhammad Fakhry Petra berkenan memberi makan seekor gajah selepas merasmikan Festival Tekstil dan Warisan Kelantan 2025 di Istana Balai Besar,hari ini / BERNAMA
KOTA BHARU,3 September - Tengku Mahkota Kelantan,Tengku Muhammad Fakhry Petra berkenan menyempurnakan Majlis Perasmian Festival Tekstil dan Warisan Melayu Kelantan di Istana Balai Besar,petang tadi.
Pada majlis penuh istiadat itu,baginda turut mengisytiharkan Setangan Getam Budu sebagai Warisan Kelantan.
Lebih 5,000 rakyat pelbagai lapisan masyarakat hadir sejak awal pagi,sebelum majlis perasmian bermula pukul 5.30 petang dengan bacaan doa disempurnakan Mufti Kelantan,Datuk Mohamad Shukri Mohamad. Tetamu kehormat serta rakyat jelata kemudiannya dibawa menyaksikan pelbagai pameran warisan.
Antara tarikan utama festival ialah perarakan dua ekor gajah dan pameran bunga emas.
Festival yang berlangsung sejak Ahad lalu hingga 14 September ini menampilkan koleksi tekstil tradisional seperti tenun,songket,kain pelangi,kain telepuk dan kain kelingkan,yang suatu ketika dahulu menjadi pilihan golongan bangsawan dan diraja.
Turut diadakan demonstrasi menarik,antaranya proses pembuatan kain telepuk menggunakan emas tulen,menenun songket,membuat jebak puyuh serta ukiran barang kemas emas dan perak oleh pengukir tempatan.
Empat langkah tangani krisis air sawah Perak Tengah
KPT sokong inisiatif MAHSA, Micro-Credential jadi pemangkin ‘upskilling’
AS digesa tarik balik tekanan terhadap Malaysia
Peruntukan pertahanan meningkat 35 peratus, tertinggi dalam sejarah
Karnival Masjid Negara 2026 perkasa masjid sebagai pusat komuniti
SK Bukit Pantai terima blok baharu ganti bangunan rosak akibat anai-anai
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur