2025-09-04 HaiPress

Foto BERNAMA
LANGKAWI,3 September - Malaysia menggesa negara anggota ASEAN bersatu dalam memperkukuh kerjasama bagi menoktahkan krisis jerebu yang berulang kali melanda rantau ini sejak beberapa dekad lalu.
Menteri Perladangan dan Komoditi,Datuk Seri Johari Abdul Ghani yang menjalankan tugas Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam berkata masalah jerebu memerlukan penyelesaian bersama berteraskan solidariti dan semangat Satu ASEAN.
Beliau yang juga Presiden Persidangan Pihak-Pihak ke-20 kepada Perjanjian ASEAN Mengenai Pencemaran Jerebu Rentas Sempadan (AATHP) berkata,insiden kebakaran dan jerebu pada tahun 1997,2006,2015 dan 2023 berpunca daripada aktiviti pembukaan tanah,peluasan pertanian serta diperburukkan oleh fenomena iklim semula jadi,menjadi peringatan jelas tentang besarnya cabaran yang dihadapi rantau ini.
Beliau berkata Malaysia turut mengalami insiden jerebu rentas sempadan pada Julai 2025,sekali gus membuktikan isu itu masih menjadi ancaman serius.
"Apa yang perlu kami lakukan ialah kami telah berkongsi keseluruhan pengalaman yang kami ada dari 11 negara ahli untuk mendapatkan pembelajaran apa sahaja pengalaman dan kemudian kami juga berkongsi teknologi yang digunakan",katanya.
Menurut beliau,aspirasi ASEAN Bebas Jerebu menjelang 2030 bukan sahaja seiring dengan komitmen alam sekitar rantau ini,malah menyumbang kepada sasaran global dalam pengurangan pelepasan karbon,pemuliharaan biodiversiti serta pembangunan mampan.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Ke-20 Persidangan Pihak-Pihak Kepada Perjanjian ASEAN Mengenai Pencemaran Jerebu Rentas Sempadan (COP-20) di Pusat Konvensyen Antarabangsa Langkawi (LICC).
Dalam pada itu beliau turut memaklumkan Malaysia diberi kepercayaan mempengerusikan Jawatankuasa Kecil Alam Semula Jadi,Pemuliharaan dan Biodiversiti ASEAN,sekali gus mengukuhkan peranan negara dalam agenda kelestarian serantau,selain turut mengetuai Jawatankuasa Kecil Bidang Kimia dan Sisa Buangan.
iCAUR Melakukan Kemasukan Strategik ke Asia Tengah: Mengumumkan Pelancaran Global V27 di UAE
Hefei Spring Festival Gala Sub-Venue: Understanding the City's “Union” Through Four Moments of Palms Meeting
Websea Lancar Seni Bina "Double Pool" Insurans Kontrak: Memulakan Era Baharu Pengurusan Risiko Terperinci
J.P. MorganTradeflow:革新您的交易體驗
EP雅瑩攜東方美學深耕東南亞市場,以服飾為橋共迎新春
Websea Naik Taraf Insurans Kontrak: Jaminan Menyeluruh Terhadap Risiko Dagangan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur