2025-09-04 HaiPress

Menteri Besar Perak,Datuk Seri Saarani Mohamad / BERNAMA
IPOH,3 September - Kerajaan Negeri Perak mengambil tanggungjawab penuh berhubung insiden seorang wanita bertindak naik ke pentas utama dan mendekati Sultan Perak,Sultan Nazrin Muizzuddin Shah ketika Sambutan Hari Kebangsaan Peringkat Negeri Perak 2025,Ahad lalu.
Menteri Besar Perak,Datuk Seri Saarani Mohamad menegaskan,kerajaan negeri tidak menuding jari menyalahkan mana-mana pihak,sebaliknya menjadikan kejadian itu sebagai peringatan penting kepada semua pihak agar lebih peka terhadap aspek keselamatan terutama dalam majlis yang dihadiri orang kenamaan.
“Jika ia dikatakan ada ‘loop hole’ dalam penganjuran,kita mengambil tanggungjawab. Pada masa sama,kita tidak mahu menuding jari kepada sesiapa kerana ia berlaku dengan pantas dan di luar jangkaan. Tetapi kita anggap ia sebagai satu ‘wake up call’ atau peringatan kepada semua pihak,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis pelancaran Program Empower Tahfiz: Inisiatif Khas Pemerkasaan Anak-Anak Tahfiz Negeri Perak di Bangunan Perak Darul Ridzuan,di sini hari ini.
Pada Ahad lalu,seorang wanita ditahan polis selepas bertindak naik ke pentas utama dan menghampiri Sultan Perak ketika sambutan berlangsung di hadapan Dewan Bandaran Ipoh.
Sultan Pahang titah solat hajat di semua masjid, doa jerebu Sarawak pulih
Taska di Sarawak tutup serta-merta jika IPU cecah 200
Sambutan Hari RTM ke-80, Bulan Kebangsaan 2026 di Terengganu meriah
Mansuh AUKU: Mahasiswa mahu kebebasan bersuara seiring tanggungjawab
PM Anwar, isteri hayati seni batik Brunei
Sukan Bendang disertai lebih 2,000 peserta, perkukuh perpaduan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur