2025-09-04 HaiPress

Timbalan Menteri Pelaburan,Perdagangan dan Industri (MITI),Liew Chin Tong
KUALA LUMPUR,3 September - Malaysia berjaya menarik jumlah keseluruhan pelaburan yang diluluskan dalam pelbagai sektor ekonomi mencecah RM190.3 bilion dalam tempoh Januari hingga Jun 2025.
Ia sekali gus merekodkan peningkatan sebanyak 18.7 peratus berbanding bagi tempoh sama pada tahun lepas dengan merangkumi sektor utama,perkhidmatan dan perkilangan.
Timbalan Menteri Pelaburan,Liew Chin Tong berkata,MITI dan agensinya,Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) sentiasa proaktif memperkenalkan dasar serta strategi baharu untuk meningkatkan daya saing Malaysia dalam sektor berteknologi tinggi.
"Malaysia kini turut memberi tumpuan menarik pelaburan berimpak tinggi dalam sektor teknologi termasuk kecerdasan buatan (AI) dan tenaga boleh baharu. Kerajaan sentiasa komited memastikan negara menerima manfaat dan kesan limpahan ekonomi bagi aktiviti pelaburan yang dilaksanakan" katanya.
Mengulas lanjut menurut Liew,antara usaha menarik pelaburan berteknologi tinggi termasuklah melaksanakan dasar dan strategi seperti Dasar Pelaburan Baharu,Pelan Induk Perindustrian Baharu 2030 (NIMP 2030),Strategi Semikonduktor Nasional dan Strategi Pelaburan Hijau.
“Selain itu,kerangka Insentif Pelaburan Baharu (NIIF) turut memberi fokus kepada sektor digital dan hijau,manakala Pejabat Pelaburan Digital (DIO) diwujudkan hasil kerjasama MIDA dan Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) untuk memudah cara pelaburan digital.
“Langkah lain termasuk mengukuhkan ekosistem rantaian bekalan antara syarikat tempatan dan multinasional,menetapkan syarat kerjasama vendor tempatan,melaksanakan program latihan industri serta membangunkan i-Services Portal untuk menghubungkan penyedia perkhidmatan dengan pelabur,” katanya lagi.
Beliau berkata demikian ketika menggulung perbahasan Rancangan Malaysia ke-13 (RMK13) bagi kementeriannya di Dewan Negara hari ini.
Empat langkah tangani krisis air sawah Perak Tengah
KPT sokong inisiatif MAHSA, Micro-Credential jadi pemangkin ‘upskilling’
AS digesa tarik balik tekanan terhadap Malaysia
Peruntukan pertahanan meningkat 35 peratus, tertinggi dalam sejarah
Karnival Masjid Negara 2026 perkasa masjid sebagai pusat komuniti
SK Bukit Pantai terima blok baharu ganti bangunan rosak akibat anai-anai
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur