2025-09-04 HaiPress

Teo Nie Ching / Foto BERNAMA
KUALA LUMPUR,4 September - Penyelesaian tambahan bagi memperluas capaian internet berkelajuan tinggi di kawasan luar bandar melalui Pelan Jalinan Digital Negara (JENDELA) Fasa 2 dijadualkan diumumkan pada suku keempat tahun ini.
Timbalan Menteri Komunikasi,Teo Nie Ching,berkata pelaksanaan fasa baharu melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) itu memberi tumpuan kepada Sabah dan Sarawak berikutan faktor geografi mencabar,memerlukan penggunaan teknologi bersesuaian termasuk panel solar dan sambungan satelit.
“Pendekatan ini memerlukan penilaian dan pertimbangan kaedah pemberian perkhidmatan yang sesuai ('fit-for-purpose') serta keupayaan Dana Pemberian Perkhidmatan Sejagat ('Universal Service Provision Fund') untuk membiayai perbelanjaan modal dan operasi projek ini," katanya.
Beliau berkata demikian pada sesi penggulungan perbahasan Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) Kementerian Komunikasi di Dewan Negara di sini.
MCMC juga akan melaksanakan peningkatan daripada empat hala kepada enam hala rangkaian teras pelbagai operator atau Multi-Operator Core Network (MOCN),selain mengkaji kesesuaian menara di bawah pelaksanaan JENDELA Fasa 1 untuk disertakan dalam rangkaian 5G di Sabah dan Sarawak.
Langkah itu bagi mengoptimumkan penggunaan infrastruktur sedia ada.
"Perbincangan menyeluruh telah diadakan bersama jabatan berkaitan,termasuk Pejabat MCMC Wilayah Sabah dan Sarawak serta penyedia rangkaian 5G,bagi membincangkan kebolehupayaan pelaksanaan seterusnya membolehkan rakyat menikmati liputan meluas dengan kadar lebih pantas," katanya lagi.
Selain itu,beliau berkata kerajaan turut menyediakan infrastruktur jalur lebar melalui 'Point of Presence' (PoP) dengan kelajuan sehingga 1Gbps dan setakat 31 Ogos lepas,sebanyak 1,560 PoP daripada 3,693 tapak Fasa 2 telah siap,termasuk di Sabah (485 PoP) dan Sarawak (406 PoP).
Sultan Pahang titah solat hajat di semua masjid, doa jerebu Sarawak pulih
Taska di Sarawak tutup serta-merta jika IPU cecah 200
Sambutan Hari RTM ke-80, Bulan Kebangsaan 2026 di Terengganu meriah
Mansuh AUKU: Mahasiswa mahu kebebasan bersuara seiring tanggungjawab
PM Anwar, isteri hayati seni batik Brunei
Sukan Bendang disertai lebih 2,000 peserta, perkukuh perpaduan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur