2025-09-04 HaiPress

Datuk Dr Fuziah Salleh / Foto BERNAMA
KUALA LUMPUR,4 September - Berkahwin dengan rakyat tempatan dan menjalankan perniagaan menggunakan nama pasangan,menjadi modus operandi warga asing untuk berniaga secara sah di sisi undang-undang.
Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup,Datuk Dr Fuziah Salleh berkata Akta Pendaftaran Perniagaan 1956 (Akta 197) hanya membenarkan warganegara dan pemastautin tetap mendaftar perniagaan milikan tunggal atau perkongsian.
Bagaimanapun,terdapat warga asing mengambil kesempatan dengan mendaftar perniagaan atas nama pasangan tempatan mereka.
Pihaknya sering menerima aduan daripada peniaga tempatan yang berasa tergugat dengan situasi itu namun hakikatnya pendaftaran perniagaan didapati sah kerana menggunakan nama pasangan mereka.
Datuk Dr Fuziah menegaskan pendaftaran perniagaan seperti kedai runcit di bawah Akta 197 terhad kepada warganegara Malaysia atau pemastautin tetap sahaja,sebagai langkah perlindungan kepada perusahaan kecil dan sederhana tempatan daripada persaingan luar.
"Warga asing itu menggunakan nama pasangan mereka yang merupakan warganegara untuk menjalankan perniagaan yang sah di sisi undang-undang Malaysia. Mungkin kita boleh bincang lagi bagaimana hendak melihat ini sebagai ancaman kepada keadaan peniaga yang lain.
“Setakat ini,Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) tidak ada undang-undang yang mengatakan kalau berkahwin dengan warga asing,tidak boleh daftar perniagaan,tidak ada undang-undang yang begitu,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika menggulung perbahasan usul Rancangan Malaysia Ke-13 bagi Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) di Dewan Negara di sini.
Mengulas lanjut,Datuk Dr Fuziah berkata tindakan penguatkuasaan terhadap peniaga asing dijalankan secara bersepadu bersama Jabatan Imigresen dan pihak berkuasa tempatan berikutan KPDN tidak mempunyai kuasa tangkapan.
iCAUR Melakukan Kemasukan Strategik ke Asia Tengah: Mengumumkan Pelancaran Global V27 di UAE
Hefei Spring Festival Gala Sub-Venue: Understanding the City's “Union” Through Four Moments of Palms Meeting
Websea Lancar Seni Bina "Double Pool" Insurans Kontrak: Memulakan Era Baharu Pengurusan Risiko Terperinci
J.P. MorganTradeflow:革新您的交易體驗
EP雅瑩攜東方美學深耕東南亞市場,以服飾為橋共迎新春
Websea Naik Taraf Insurans Kontrak: Jaminan Menyeluruh Terhadap Risiko Dagangan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur