2025-09-04 HaiPress

Van elektrik baharu Pos Malaysia
KUALA LUMPUR,3 September - Pos Malaysia Berhad komited untuk mencapai agenda kelestariannya menjelang 2030 menerusi pertambahan 136 van elektrik baharu.
Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulannya,Charles Brewer berkata,langkah strategik ini mengukuhkan komitmen syarikat terhadap matlamat Alam Sekitar,Sosial dan Tadbir Urus (ESG),selaras aspirasi Malaysia ke arah masa depan rendah karbon dan cekap tenaga.
Jelasnya,Pos Malaysia kini mengendalikan armada kenderaan elektrik (EV) terbesar dalam sektor logistik Malaysia merangkumi 1,252 basikal elektrik dan 264 van elektrik.
"Kami merancang untuk beralih sepenuhnya kepada penggunaan kenderaan hijau menjelang 2030. Masih ada tempoh lima tahun lagi dan dalam tempoh itu siapa tahu inovasi apa yang akan dihasilkan dalam kenderaan hijau.
"Kami tidak mahu mengehadkannya kepada kenderaan elektrik sahaja. Ia boleh jadi penyelesaian hijau baharu,namun semestinya beralih daripada penggunaan bahan api fosil 100 peratus menjelang 2030," katanya.
Beliau berkata demikian selepas majlis penyerahan van elektrik Maxus eDeliver 3 daripada Weststar Maxus dan rakan strategik pajakan,Yinson GreenTech.
Tambahnya,peralihan ke arah armada hijau sepenuhnya kini berjalan lancar dan Pos Malaysia dijadual melaksanakan ujian bagi penggunaan kenderaan hijau baharu dalam skala yang lebih luas pada suku keempat tahun ini.
Mengulas lanjut,penggunaan armada EV setakat ini telah menggalakkan penjimatan dengan pengurangan kos penghantaran sebanyak 30 peratus.
Membina Jambatan Dialog Berterusan: Memacu Proses Kemasukan Anmrex dan Merealisasikan Penyelarasan Pematuhan Dua Hala
Building a Normalized Dialogue Bridge: Advancing Anmrex Admission Process and Achieving Two-Way Compliance Alignment
CON-FEST 2026 himpun lebih 300 pengiat industri kreatif global
Jiwa@Komuniti MADANI eratkan hubungan kerajaan dengan masyarakat Endau
Sistem kesihatan awam sedia ada masih relevan, NHI tidak diperlukan
Integrasi rapat klinik kerajaan-swasta tangani beban NCD
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur