2025-09-04 HaiPress

Foto hiasan
KUALA LUMPUR,3 September - Niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah pada Rabu berikutan pengeluaran yang dijangka meningkat dan paras stok yang lebih tinggi.
Peniaga minyak sawit,David Ng berkata harga minyak kacang soya yang lebih rendah turut mempengaruhi sentimen pasaran.
“Kami melihat paras sokongan pada RM4,350 setan dan paras rintangan pada RM4,520 setan,” katanya kepada Bernama.
Pada penutup dagangan,kontrak bulan semerta September 2025 susut RM21 kepada RM4,362 setan,manakala kontrak Oktober 2025 dan November 2025 masing-masing turun RM34 kepada RM4,404 setan dan RM4,442 setan.
Kontrak Disember 2025 merosot RM27 kepada RM4,472 setan,Januari 2026 susut RM24 kepada RM4,485 setan dan Februari 2026 berkurangan RM20 kepada RM4,477 setan.
Jumlah dagangan meningkat kepada 67,415 lot berbanding 59,839 lot pada Selasa,manakala kepentingan terbuka sedikit rendah pada 253,198 kontrak berbanding 254,494 kontrak sebelum ini.
Harga fizikal MSM untuk September Selatan turun RM20 kepada RM4,400 setan.- BERNAMA
Websea Umum Pembakaran Besar-Besaran 57 Juta WBS, Pasaran Menilai Semula Nilai Jangka Panjang Token Platform
J.P. Morgan 投資學院與 Morgan 機構知識通道:在新金融時代重建全球知識標準
Kepercayaan Dalam Ribut: Insurans Kontrak Mencetus Revolusi Pengurusan Risiko Web3
Genomik untuk Kesihatan Tumbuhan: Sumbangan Kumpulan BGI terhadap Kepelbagaian Tumbuhan dan Keselamatan Makanan
AIF(香港)投资学院宣布与合盈证券达成战略合作 携手推动亚洲专业投资教育升級,扩大OTC的交易深度和广度
Festival Tanglung Taiwan 2026 Menerangi Chiayi! “Light Up Chiayi: Super Style” Bergandingan dengan Super Mario, Lancarkan Tanglung Blok Soalan Edisi Terhad
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur