2025-09-05 HaiPress

Datuk Seri Bung Moktar Radin hadir ke Mahkamah Sesyen hari ini bagi prosiding perbicaraan membela diri atas tiga pertuduhan rasuah berjumlah RM2.8 juta / Foto BERNAMA
KUALA LUMPUR,4 September- Ahli Parlimen Kinabatangan,Datuk Seri Bung Moktar Radin menafikan dakwaan bahawa beliau menggunakan kedudukan sebagai Pengerusi Bukan Eksekutif FELCRA Berhad bagi meluluskan pelaburan RM150 juta dalam unit amanah Public Mutual Berhad sehingga menerima habuan RM2.8 juta.
Dalam sesi soal balas di Mahkamah Sesyen hari ini,Datuk Seri Bung Moktar menolak cadangan Timbalan Pendakwa Raya,Mohamad Fadly Mohd Zamry,bahawa beliau dan isterinya,Datin Seri Zizie Izette Abdul Samad,memperoleh wang hasil pelaburan berkenaan.
“Tidak betul,Yang Arif. Itu sangkaan jahat,” katanya ketika ditanya sama ada beliau mempunyai pengetahuan bahawa habuan akan diterima sekiranya pelaburan FELCRA itu berjaya.
Datuk Seri Bung Moktar turut menafikan dakwaan bahawa beliau berperanan aktif dalam melaksanakan pelaburan FELCRA tersebut.
Beliau turut menegaskan tidak pernah melaporkan kepada Lembaga Pengarah FELCRA mengenai wang pengenalan RM2.8 juta yang diterima isterinya kerana kes berkenaan sudah dalam siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Bagaimanapun,Datuk Seri Bung Moktar tidak bersetuju dengan cadangan pendakwaan bahawa tindakannya dibuat di luar skop tugas dan tanpa kebenaran bertulis Lembaga Pengarah.
Pada 3 Mei 2019,Datuk Seri Bung Moktar didakwa atas dua pertuduhan menerima rasuah RM2.2 juta dan RM262,500 sebagai dorongan mendapatkan kelulusan FELCRA melabur RM150 juta dalam unit amanah Public Mutual.
Beliau turut berdepan satu lagi tuduhan menerima suapan RM337,500 daripada seorang ejen pelaburan Public Mutual,Norhaili Ahmad Mokhtar,melalui akaun Public Ittikal Sequel Fund (PITSEQ) atas nama Zizie Izette.
Pertuduhan dikemukakan mengikut Subseksyen 17(a) Akta SPRM 2009 dan boleh dihukum bawah Seksyen 24(1) akta sama,iaitu penjara sehingga 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000,mengikut mana lebih tinggi.
Datin Seri Zizie Izette pula berdepan tiga tuduhan bersubahat dengan suaminya mengikut Seksyen 28(1)(c) Akta SPRM 2009 yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda sama jika sabit kesalahan.
Websea Umum Pembakaran Besar-Besaran 57 Juta WBS, Pasaran Menilai Semula Nilai Jangka Panjang Token Platform
J.P. Morgan 投資學院與 Morgan 機構知識通道:在新金融時代重建全球知識標準
Kepercayaan Dalam Ribut: Insurans Kontrak Mencetus Revolusi Pengurusan Risiko Web3
Genomik untuk Kesihatan Tumbuhan: Sumbangan Kumpulan BGI terhadap Kepelbagaian Tumbuhan dan Keselamatan Makanan
AIF(香港)投资学院宣布与合盈证券达成战略合作 携手推动亚洲专业投资教育升級,扩大OTC的交易深度和广度
Festival Tanglung Taiwan 2026 Menerangi Chiayi! “Light Up Chiayi: Super Style” Bergandingan dengan Super Mario, Lancarkan Tanglung Blok Soalan Edisi Terhad
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur