2025-09-05 HaiPress

Sultan Perak Sultan Nazrin Shah berkenan menyampaikan titah baginda ketika berangkat pada sambutan Maulidur Rasul 1447H/2025M peringkat negeri Perak. Foto- BERNAMA
IPOH,5 September -Penyebaran fitnah dan kebencian yang semakin menular khususnya di media sosial dilihat menjadi penghalang kepada penyatuan semangat ukhuwah dalam kalangan ummah masa kini,titah Sultan Perak,Sultan Nazrin Muizzuddin Shah.
Sultan Nazrin bertitah,saban hari umat Islam disajikan dengan kata-kata menjelikkan,menghina serta mempersenda orang yang tidak sefahaman,dan perkara itu amat bercanggah dengan adab seorang Muslim serta adat Melayu.
Baginda bertitah demikian ketika berkenan berangkat ke Majlis Sambutan Maulidur Rasul 1447 Hijrah peringkat Negeri Perak di Hotel Casuarina@Meru,Ipoh,malam tadi. Turut berangkat,Raja Permaisuri Perak,Tuanku Zara Salim,bersama Menteri Besar Perak,Datuk Seri Saarani Mohamad.
“Sikap melampau ini boleh membawa kepada perpecahan apabila golongan yang miskin adab dan kedana adat mengetepikan nas agama serta kehalusan budaya warisan bangsa,” titah baginda.
Baginda menegaskan generasi muda perlu diingatkan tentang sejarah perjuangan mencapai kemerdekaan negara kerana jarak masa yang semakin jauh menjadikan mereka kurang memahami makna kemerdekaan yang membentuk kesepaduan kaum.
“Ummah seolah-olah melupakan wasiat Rasulullah SAW agar meninggalkan perbuatan yang tercela seperti mengejek,memberi gelaran jelik,bersangka buruk,mengumpat,memfitnah dan menjatuhkan hukum tanpa diselidiki,” titah baginda lagi.
Sultan Nazrin turut menzahirkan kebimbangan apabila nilai-nilai murni agama diberi tafsiran songsang dan adat semakin dipinggirkan,sehingga menyebabkan fahaman dan pegangan ummah khususnya dalam kalangan generasi muda terpesong.
Sambutan yang bertemakan “Ukhuwah Islamiah Asas Penyatuan Ummah” itu bertujuan mengangkat kembali sejarah kegemilangan tamadun Islam berteraskan ukhuwah dan penyatuan,sebagaimana yang menjadi kerangka utama pembentukan Negara Islam Madinah pada tahun 662 Masihi.
Pada majlis tersebut,baginda turut berkenan menyampaikan lima anugerah khas,antaranya Anugerah Pegawai Masjid,Anugerah Ibnu Abbas (Tokoh Pendakwah) dan Anugerah Keluarga Ammar bin Yasir (Tokoh Keluarga Mithali).
Membina Jambatan Dialog Berterusan: Memacu Proses Kemasukan Anmrex dan Merealisasikan Penyelarasan Pematuhan Dua Hala
Building a Normalized Dialogue Bridge: Advancing Anmrex Admission Process and Achieving Two-Way Compliance Alignment
CON-FEST 2026 himpun lebih 300 pengiat industri kreatif global
Jiwa@Komuniti MADANI eratkan hubungan kerajaan dengan masyarakat Endau
Sistem kesihatan awam sedia ada masih relevan, NHI tidak diperlukan
Integrasi rapat klinik kerajaan-swasta tangani beban NCD
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur