2025-09-05 HaiPress

“Seribu Rasa,Satu Cinta” Ajinomoto (Malaysia)
KUALA LUMPUR,5 September -Ajinomoto (Malaysia) Berhad melancarkan kempen “Seribu Rasa,Satu Cinta” bersempena sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia tahun ini dengan menawarkan hadiah keseluruhan bernilai RM20,000 menerusi peraduan Beli & Menang.
Syarikat itu menawarkan hadiah termasuk baucar percutian domestik serta kredit Touch ‘n Go eWallet,selain tawaran Set Bundle Merdeka eksklusif di Shopee,Lazada dan TikTok Shop yang menampilkan empat pinggan edisi terhad berinspirasikan hidangan ikonik Malaysia.
“Kempen ini merupakan penghormatan khas terhadap perpaduan rakyat Malaysia melalui makanan dengan meraikan kepelbagaian budaya serta cita rasa negara. Ia menggabungkan tradisi asli,kemeriahan perayaan dan mesej kebersamaan bahawa walaupun kita mempunyai seribu rasa,kita berkongsi satu cinta untuk Malaysia,” menurut syarikat itu kepada RTM.
Bagi menyemarakkan sambutan,Ajinomoto turut bekerjasama dengan pempengaruh tempatan dan pencipta kandungan popular untuk memberi inspirasi kepada rakyat menyertai pelbagai promosi serta aktiviti.
Antaranya termasuk pelancaran video khas Merdeka yang mengisahkan empat rakan dalam misi mendapatkan semula resipi Malaysia yang hilang,yang boleh ditonton di saluran YouTube rasmi Ajinomoto (Malaysia) Berhad.
"Melalui gabungan rancak buzz digital dan keseronokan di lapangan,kempen ini meraikan ikatan yang menyatukan rakyat Malaysia melalui tradisi,cita rasa dan kenangan.
"Video Merdeka yang dihasilkan khas akan menjadi nadi kempen kami. Kisah yang mendebarkan lagi menyentuh hati tentang empat rakan dalam misi untuk mendapatkan semula empat resipi Malaysia tercinta yang hilang dari pangkalan data mereka," tambahnya.

Kempen itu juga akan diperluaskan melalui Festival Budaya Malaysia di Taman Tasik Titiwangsa dari 12 hingga 16 September serta Festival Permainan Malaysia di Dataran Putrajaya dari 26 hingga 28 September.
"Pengunjung boleh menyertai permainan interaktif,paparan bertema dan pengalaman yang menyeronokkan yang
mempamerkan semangat perpaduan," katanya.
Orang ramai boleh mendapatkan maklumat lanjut mengenai kempen berkenaan di laman web Smart Cooking diwww.smartcooking.com.my dan platform media sosial rasmi syarikat Ajinomotountuk mengetahui lebih banyak kisah menarik,peraduan dan peluang memenangi hadiah istimewa.
Artikel ini dibawakan oleh Ajinomoto (Malaysia) Berhad.
SOUEAST returns to Dubai Fashion Week as official automotive partner, redefining aesthetics of mobility
Pengaruh Thailand dengan berjuta-juta pengikut berpusu-pusu ke Gunung Emei untuk perkhidmatan kebudayaan dan pelancongan bertaraf antarabangsa, menjadikannya tarikan utama
Daripada Bon Perbendaharaan AS kepada Komoditi Fizikal: BullNus Cuba Membina Kitaran Tertutup Perniagaan RWA Berpacukan "Dunia Fizikal"
Pelindung dalam Pasaran Volatil: Kepentingan 'Copy Trading' Terjamin Modal Websea
RF RACER Brand Leverages Motorsport Heritage for Engineering Excellence
Paradigma Baharu untuk Laluan Pengundian: Daripada Pengagregatan Maklumat kepada Pengaset Konsensus, Penentuan Kedudukan dan Pelaksanaan Praktikal OracleX.
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur