2025-09-05 HaiPress

Foto Fail
KUALA LUMPUR,4 September- Ringgit dibuka lebih kukuh berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Khamis menjelang keputusan Bank Negara Malaysia (BNM) mengenai Kadar Dasar Semalaman (OPR) hari ini.
Pada pukul 8.00 pagi,mata wang tempatan meningkat kepada 4.2125/2330 daripada 4.2230/2285 ketika ditutup semalam.
Pasaran secara umumnya menjangkakan BNM mengekalkan OPR pada 2.75 peratus.
Pakar Strategi dan Ekonomi Negara di IPP Wealth Managers Ltd Mohd Sedek Jantan berkata pihaknya menjangkakan BNM mengekalkan OPR pada 2.75 peratus dalam mesyuarat Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) hari ini,selaras dengan usaha menyokong ekonomi domestik.
"Berdasarkan kadar inflasi keseluruhan pada 1.2 peratus dan kadar pengangguran pada 3.0 peratus,pendekatan ini memastikan kestabilan dasar,menyokong permintaan domestik dan mengekalkan keadaan monetari yang akomodatif tanpa menambah tekanan inflasi.
"Petunjuk makroekonomi terkini juga menunjukkan daya tahan,dengan eksport pada Julai mencatatkan pertumbuhan positif sekali gus mengukuhkan keyakinan terhadap sektor luaran Malaysia," katanya kepada Bernama.
Sementara itu,Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata Tinjauan Tawaran Pekerjaan dan Jumlah Tenaga Kerja (JOLTS) AS bagi Julai menunjukkan tawaran pekerjaan susut kepada 7.181 juta berbanding jangkaan konsensus pada 7.38 juta.
Beliau berkata hal itu telah meningkatkan harapan terhadap kemungkinan pengurangan kadar faedah oleh Rizab Persekutuan AS pada September.
"Keadaan itu juga menyebabkan majikan lebih berhati-hati untuk menambah tenaga kerja masing-masing ekoran unjuran ekonomi yang lemah.
"Oleh yang demikian,ringgit berpotensi untuk terus mengukuh," katanya.
Mohd Afzanizam berkata ringgit ditutup 0.13 peratus lebih tinggi berbanding dolar AS pada 4.2257 semalam,dan menjangkakan dagangan ringgit mencecah julat 4.21 hingga 4.23 hari ini.
AS dijadualkan mengeluarkan laporan pembayaran gaji bukan ladang pada Jumaat.
Pada pembukaan dagangan,ringgit diniagakan bercampur-campur berbanding mata wang utama.
Unit tempatan meningkat berbanding euro kepada 4.9126/9365 daripada 4.9223/9287 ketika ditutup semalam,namun susut berbanding yen Jepun kepada 2.8469/8609 daripada 2.8430/8469.
Ringgit rendah berbanding pound British kepada 5.6620/6896 daripada 5.6614/6687.
Ringgit diniagakan tinggi kebanyakannya berbanding mata wang negara ASEAN.
Unit domestik lebih kukuh berbanding rupiah Indonesia kepada 256.5/257.9 daripada 257.2/257.7 semalam dan meningkat berbanding dolar Singapura kepada 3.2706/2867 daripada 3.2777/2822.
Ringgit stabil berbanding peso Filipina kepada 7.35/7.39 daripada 7.37/7.38,dan sedikit meningkat berbanding baht Thailand kepada 13.0454/1158 daripada 13.0529/0759. -BERNAMA
SOUEAST returns to Dubai Fashion Week as official automotive partner, redefining aesthetics of mobility
Pengaruh Thailand dengan berjuta-juta pengikut berpusu-pusu ke Gunung Emei untuk perkhidmatan kebudayaan dan pelancongan bertaraf antarabangsa, menjadikannya tarikan utama
Daripada Bon Perbendaharaan AS kepada Komoditi Fizikal: BullNus Cuba Membina Kitaran Tertutup Perniagaan RWA Berpacukan "Dunia Fizikal"
Pelindung dalam Pasaran Volatil: Kepentingan 'Copy Trading' Terjamin Modal Websea
RF RACER Brand Leverages Motorsport Heritage for Engineering Excellence
Paradigma Baharu untuk Laluan Pengundian: Daripada Pengagregatan Maklumat kepada Pengaset Konsensus, Penentuan Kedudukan dan Pelaksanaan Praktikal OracleX.
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur