2025-09-05 HaiPress

Foto RTM
KUALA LUMPUR,4 September – Persekutuan Pekilang-pekilang Malaysia (FMM) menjangkakan pertumbuhan ekonomi negara sederhana kepada sekitar 3.5 dan 3.6 peratus pada separuh kedua 2025,dipengaruhi oleh tekanan kos perniagaan serta ketidaktentuan global.
Menurut Presiden FMM,Tan Sri Soh Thian Lai,permintaan domestik masih berupaya menjadi penampan kepada pertumbuhan yang lebih perlahan.
''Faktor seperti gaji minimum yang lebih tinggi,bantuan tunai bersasar serta pelaksanaan projek nasional untuk tempoh beberapa tahun dijangka terus menyokong perbelanjaan pengguna dan pelaburan.
''Gabungan permintaan domestik yang stabil,inflasi sederhana,pasaran buruh yang kukuh serta pelaksanaan dasar yang berhemah diyakini dapat memberikan daya tahan kepada ekonomi Malaysia dalam persekitaran global yang rapuh.
''Bagaimanapun,penggubal dasar perlu memastikan pelaksanaan reformasi dan langkah fiskal dijalankan dengan teliti bagi mengekalkan keyakinan pelabur dan daya tahan ekonomi,'' jelasnya dalam kenyataan hari ini.
Mengulas lanjut prospek separuh kedua tahun ini jelasnya,perniagaan kecil dan sederhana (PKS) dijangka berdepan cabaran lebih tinggi akibat rasionalisasi subsidi,peluasan cukai jualan dan perkhidmatan (SST),tarif utiliti serta peningkatan gaji.
Sektor pembuatan turut menunjukkan tanda perlahan,berdasarkan pertumbuhan yang susut daripada 4.1 peratus pada suku pertama kepada 3.7 peratus pada suku kedua.
FMM turut memberi amaran bahawa ketidaktentuan luaran kekal tinggi walaupun Malaysia memperoleh tarif Amerika Syarikat (AS) lebih rendah pada 19 peratus.
''Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) menjangkakan pertumbuhan global pada kadar 3.0 peratus tahun ini,manakala Bank Dunia lebih berhati-hati dengan unjuran 2.3 peratus,terendah sejak 2008.
''Dengan risiko kemelesetan di AS,unjuran pertumbuhan China yang lebih perlahan serta konflik global yang melonjakkan kos minyak dan pengangkutan,potensi permintaan luar untuk pengeluar berorientasikan eksport,khususnya PKS,dijangka terbatas,'' tambahnya.
iCAUR Melakukan Kemasukan Strategik ke Asia Tengah: Mengumumkan Pelancaran Global V27 di UAE
Hefei Spring Festival Gala Sub-Venue: Understanding the City's “Union” Through Four Moments of Palms Meeting
Websea Lancar Seni Bina "Double Pool" Insurans Kontrak: Memulakan Era Baharu Pengurusan Risiko Terperinci
J.P. MorganTradeflow:革新您的交易體驗
EP雅瑩攜東方美學深耕東南亞市場,以服飾為橋共迎新春
Websea Naik Taraf Insurans Kontrak: Jaminan Menyeluruh Terhadap Risiko Dagangan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur