2025-09-05 HaiPress

Foto fail
KUALA LUMPUR,4 September -Pasaran getah Malaysia ditutup lebih rendah pada Khamis,menjejaki penurunan dalam pasaran niaga hadapan getah serantau,dengan sentimen diselubungi oleh ketidaktentuan pergerakan kadar faedah Amerika Syarikat (AS) dan krisis geopolitik yang berterusan.
Seorang peniaga berkata sentimen pasaran juga diheret oleh ringgit yang lebih kukuh berbanding dolar AS dan penurunan dalam harga minyak mentah.
“Bagaimanapun,penurunan selanjutnya dihadkan oleh bahan mentah yang semakin berkurangan dalam negara pengeluar getah asli utama susulan cuaca hujan,” katanya kepada Bernama.
Harga minyak susut sebanyak satu peratus pada Khamis,kerana pelabur dan peniaga menantikan mesyuarat OPEC+ pada hujung minggu apabila pengeluar dijangka mempertimbangkan satu lagi peningkatan dalam sasaran pengeluaran.
Pada 3 petang,Lembaga Getah Malaysia melaporkan bahawa harga Standard Malaysian Rubber (SMR) 20 merosot 4.0 sen kepada 751.50 sen sekilogram,manakala lateks pukal kekal tidak berubah pada 575.0 sen sekilogram.
Pasaran getah Kuala Lumpur akan ditutup pada Jumaat (5 Sept) sempena cuti umum Maulidur Rasul. Operasi akan dibuka semula pada Isnin (8 Sept). - BERNAMA
Sultan Pahang titah solat hajat di semua masjid, doa jerebu Sarawak pulih
Taska di Sarawak tutup serta-merta jika IPU cecah 200
Sambutan Hari RTM ke-80, Bulan Kebangsaan 2026 di Terengganu meriah
Mansuh AUKU: Mahasiswa mahu kebebasan bersuara seiring tanggungjawab
PM Anwar, isteri hayati seni batik Brunei
Sukan Bendang disertai lebih 2,000 peserta, perkukuh perpaduan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur