2025-09-05 HaiPress

Foto hiasan
KUALA LUMPUR,4 September- Malaysia menetapkan sasaran untuk memperkukuh dan mempelbagaikan rantaian bekalan sektor semikonduktor melalui kerjasama pelabur asing dan tempatan.
Timbalan Menteri Pelaburan,Perdagangan dan Industri,Liew Chin Tong berkata,langkah itu dilaksanakan menerusi Strategi Semikonduktor Nasional (NSS) bagi memastikan industri kekal kukuh dan berdaya tahan.
Jelas beliau,Malaysia bersama Singapura dan Vietnam berhasrat menjadi rantaian bekalan yang menarik kepada pelabur.
“Malaysia telah memacu peralihan daripada konsep tepat pada masa kepada konsep kesiapsiagaan,bermaksud syarikat antarabangsa berhasrat untuk wujudkan lebih banyak rantaian bekalan berbeza berbanding dulu,mereka hanya ada satu rantaian bekalan.
Melalui NSS,kita yakin dapat membangunkan rantaian bekalan semikonduktor yang lebih kukuh dan berdaya tahan,” katanya ketika menjawab soalan tambahan Senator Datuk Nelson W Angang di Dewan Negara.
Tambah beliau,Malaysia kini berperanan sebagai kuasa pertengahan dalam rantaian semikonduktor global dengan membekalkan kepada negara maju.
Selain itu,Malaysia turut berhasrat membangunkan pasaran baharu bersama negara Selatan Global di Asia,Afrika dan Amerika Selatan.
Mengulas isu tarif Amerika Syarikat (AS),Liew berkata,Presiden Donald Trump pada 15 Ogos lalu memberi bayangan produk semikonduktor dan farmaseutikal mungkin dikenakan tarif tambahan.
“Keputusan siasatan ini dijangka diumumkan sebelum Disember tahun ini. Pada masa yang sama,MITI dalam rundingan perjanjian perdagangan timbal balas telah memberi penjelasan kepada AS bahawa eksport Malaysia saling melengkapi rantaian bekalan.
Kita juga membincangkan pertimbangan AS untuk memberikan pengecualian kepada produk Malaysia yang tidak dihasilkan atau dikeluarkan di AS,” ujarnya.
Prasarana bina generasi tenaga mahir pengangkutan awam melalui Program T-GEAR
Isu rumah ibadat perlu ditangani harmoni – KPN
Pendekatan damai mencerminkan kematangan rakyat Malaysia tangani perbezaan
Kos haji kekal: Beri peluang umat Islam tunai haji serta rancang kewangan
ABU DBS 2026 kembali, himpun penggiat industri penyiaran 30 Mac-2 April
PETRA perkukuh kesiapsiagaan banjir menjelang Aidilfitri
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur