2025-09-05 HaiPress

Foto malaysiaaviationgroup.com.my
KUALA LUMPUR,5 September - Malaysia Airlines Bhd akan menyambung semula penerbangan ke Chengdu,China bermula 9 Januari 2026,selepas dihentikan sejak 2017.
Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Malaysia Aviation Group (MAG),Datuk Kapten Izham Ismail,berkata langkah itu mengukuhkan lagi kehadiran syarikat berkenaan di pasaran China.
Ini sekali gus menambah jumlah laluan ke Greater China kepada tujuh destinasi termasuk Beijing,Shanghai,Guangzhou,Xiamen,Hong Kong dan Taipei.
“Faktor muatan bagi destinasi baharu sangat memberangsangkan. Untuk laluan Chengdu sahaja,lebih 20,000 tempat duduk sudah terjual.
"Berdasarkan analisis kami,kadar muatan dijangka mencecah sekitar 90 peratus,berbanding purata kadar muatan semasa bagi semua penerbangan ke China sekitar 81 peratus,” katanya pada sidang media pengumuman laluan baharu MAG di sini,hari ini.
Pada majlis sama,Firefly turut mengumumkan pelancaran perkhidmatan jet baharu ke Krabi (Thailand)Siem Reap (Kemboja) dan Cebu,(Filipina) dari Terminal 1,Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur,bermula November ini.
“Laluan yang dipilih pasukan komersial dan strategi adalah bertepatan,disokong data serta analisis yang kukuh. Justeru,kami berkembang secara berperingkat ke tiga destinasi baharu.
Perkara ini juga melibatkan pemindahan operasi Firefly dengan rasionalisasi kepada satu hab tunggal,membolehkan Malaysia Airlines dan Firefly beroperasi secara lebih lancar dan saling melengkapi,” jelasnya.
Bermula Oktober 2025,Malaysia Airlines dan Firefly akan turut meningkatkan kekerapan penerbangan.
Malaysia Airlines menambah perkhidmatan ke Australia,New Zealand,China,India,Maldives dan Bangladesh,manakala Firefly memperluas keterhubungan domestik dan serantau ke Singapura,Kota Kinabalu,Kuching,Pulau Pinang dan Johor Bahru.
Langkah tersebut diyakini memberi lebih banyak pilihan dan fleksibiliti kepada penumpang,sekali gus menyokong pertumbuhan pelancongan,perdagangan dan hubungan rakyat di seluruh Asia serta dunia.
iCAUR Melakukan Kemasukan Strategik ke Asia Tengah: Mengumumkan Pelancaran Global V27 di UAE
Hefei Spring Festival Gala Sub-Venue: Understanding the City's “Union” Through Four Moments of Palms Meeting
Websea Lancar Seni Bina "Double Pool" Insurans Kontrak: Memulakan Era Baharu Pengurusan Risiko Terperinci
J.P. MorganTradeflow:革新您的交易體驗
EP雅瑩攜東方美學深耕東南亞市場,以服飾為橋共迎新春
Websea Naik Taraf Insurans Kontrak: Jaminan Menyeluruh Terhadap Risiko Dagangan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur